Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, budaya unik, dan warisan sejarah. Jika anda mencari destinasi yang benar-benar istimewa, senarai ini mengandungi tempat-tempat yang mesti anda lawati sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda.
1. Pulau Perhentian, Terengganu
Kenapa Wajib Lawat: Air laut yang jernih, pantai yang putih, dan suasana tenang menjadikannya syurga bagi pencinta alam. ramai pelancongan luar yang akan datang ke Malaysia akan sedaya upaya untuk berkunjung ke Pulau Perhentian. Pulau ini di mata pelancong luar ada level tersendiri.
2. Gunung Kinabalu, Sabah
Kenapa Wajib Lawat: Destinasi ikonik bagi pendaki dengan pemandangan luar biasa dari puncak.
3. Melaka Bandaraya Bersejarah, Melaka
Kenapa Wajib Lawat: Warisan sejarah UNESCO yang penuh daya tarikan, dari A Famosa hingga Jonker Street.
4. Pulau Langkawi, Kedah
Kenapa Wajib Lawat: Gabungan keindahan alam, tarikan pelancongan moden seperti Sky Bridge, dan syurga beli-belah bebas cukai.
5. Taman Negara, Pahang
Kenapa Wajib Lawat: Hutan hujan tropika tertua di dunia yang menawarkan pengalaman ekopelancongan.
Baca Lagi : 15 Tempat Menarik Di Selangor
6. Kek Lok Si, Pulau Pinang
Kenapa Wajib Lawat: Kuil Buddha terbesar di Asia Tenggara yang memukau dengan seni bina dan suasananya yang tenang.
7. Sipadan Island, Sabah
Kenapa Wajib Lawat: Salah satu lokasi menyelam terbaik di dunia dengan pelbagai hidupan laut. Menyelam skuba di Pulau Sipadan adalah pengalaman luar biasa bagi penyelam berpengalaman yang ingin meneroka salah satu lokasi selaman terbaik di dunia!
Untuk penginapan terbaik, Sipadan-Mabul Resort di Pulau Mabul adalah pilihan yang tak mengecewakan. Resort ini bukan sahaja menawarkan permit selaman terjamin di Sipadan, tetapi juga menyediakan khidmat selaman bertaraf dunia, divemaster yang pakar, peralatan menyelam yang sentiasa diselenggara dengan baik, serta bot laju untuk perjalanan yang lancar ke lokasi selaman.
Kalau anda seorang kaki selam, ini memang tempat wajib masuk dalam bucket list anda!
8. Cameron Highlands, Pahang
Kenapa Wajib Lawat: Udara sejuk, ladang teh yang hijau, dan strawberi segar menjadikannya tempat percutian yang menyegarkan.
9. Georgetown, Pulau Pinang
Kenapa Wajib Lawat: Seni jalanan, makanan tempatan, dan suasana unik bandar bersejarah ini sangat menarik. Anda boleh jalan, makan dan pengalaman melihat street art yang menarik
10. Tasik Chini, Pahang
Kenapa Wajib Lawat: Tasik legenda ini dikenali dengan mitos naga dan keindahan semula jadi yang mengagumkan.
Malaysia sememangnya kaya dengan destinasi luar biasa yang mampu memikat hati sesiapa sahaja. Jadi, rancang perjalanan anda dan cipta kenangan yang tidak akan dilupakan!
Suka dengan artikel begini? Suka Travel & ingin dapatkan pelbagai voucher penginapan menarik? Jom jadi geng jomlahcuti. Klik link sini untuk register secara PERCUMA.