Pantai Paling Berisiko Dan Bahaya Di Dunia

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Mempunyai pantai yang cantik, air kebiruan jernih dan pasir halus yang putih tetapi dikategorikan sebagai antara pantai paling bahaya di dunia. Pantai Maho (Maho Beach) di Caribbean, terletak di Sint Maarten iaitu sebahagian daripada negara Belanda. Bersebelahan dengan pantai ini adalah lapangan terbang Pricess Juliana. Ia adalah lapangan terbang yang unik kerana panjang landasan yang pendek hanya 2180 meter atau 7150 kaki.

\"pantai

Air Panta Maho Yang Jernih

Oleh itu setiap pesawat yang hendak mendarat haruslah turun serendah paling minimum di atas pantai Maho ini. Ini kerana sekiranya juru terbang tidak berbuat demikian maka pesawat tidak mempunyai jarak yang mencukupi untuk menghentikan pesawat itu dengan selamat.

Pantai Maho betul-betul terletak di seberang jalan dari awal landasan lapangan terbang. Populariti pantai ini melonjak bukan kerana kencantikannya saja tetapi  faktor lainnya adalah pengalaman merasai sendiri serta bergambar bersama kapal terbang yang nampak seakan-akan diatas kepala. Dekatnya kapal terbang tersebut seolah-olah pengunjung akan terasa seperti boleh mencapai roda pesawat dengan hanya melonjak ke atas.

Apa yang dimaksudkan bahaya adalah bagi mereka yang berdiri di pantai untuk melihat pesawat terbang di atas mereka. Mereka berisiko tinggi ditiup angin kuat terus ke dalam laut atau cedera disebakan sebarang benda yang berkemungkinan terpelanting kea rah mereka.

\"pantai

Situasi sewaktu kapal terbang melalui atas kepala

\"pantai

 

Walaupun papan tanda amaran telah ada tapi pengunjung tetap mengambil risiko

\"pantai

 

Pemandangan dari bawah kapal terbang dari pantai Maho

\"pantai

Risiko benda asing yang hinggap ke kepala yang sangat tinggi

Lihat kumpulan video pengunjung yang berjaya dikumpulkan

:

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jomlah Baca Lagi : 7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia

 

 

 

Sumber foto : JanOliver1, Matt Haddaway, Rudy Chiarello, John Feister, Jim

2 thoughts on “Pantai Paling Berisiko Dan Bahaya Di Dunia”

  1. Pingback: 7 Pulau Yang Menarik Tapi Tidak Popular Yang Ada Di Sabah | Pulau Malaysia | Destinasi Malaysia | Hotel Malaysia | Theme Park Malaysia

  2. Pingback: Barang Yang Dilarang Atas Pesawat Yang Wajib Anda Tahu | Pulau Malaysia | Destinasi Malaysia | Hotel Malaysia | Theme Park Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *