5 Aktiviti Popular Yang Boleh Anda Lakukan Di Sungai Sedim

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Sungai Sedim turut terkenal dengan nama Hutan Lipur Sungai Sedim, Lata Sedim, Jeram Sedim, Arus Deras Sungai Sedim dan Sedi Eco Park yang merupakan lokasi jeram terbaik Malaysia. Crew Jomlahcuti telah menjelaskan sejarah dan rarikan Sungai Sedim pada artikel yang lepas. Menjadi Kebanggaan penduduk tempatan apabila Sungai Sedim tersenarai menjadi lima pilihan terbaik jeram di Asia Pasifik dengan memiliki 24 jeram sepanjang 15 kilometer. Selain terkenal dengan aktiviti sukan ekstrem, Sungai Sedim juga menyimpan pelbagai khazanah semulajadi berharga bagi peminat hutan hijau dan riadah bersama keluarga. Jom kita tinjau aktiviti yang boleh anda lakukan sekiranya anda berkunjung ke sini.

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar Sekarang

#1- Berkayak (water Rafting)

Arus deras yang dimiliki oleh Sungai Sedim sememangnya menjadi kegilaan pengemar-pengemar aktiviti sukan esktrem untuk menguji daya ketahanan fizikal mereka beraksi di dalam air deras dengan halangan batu-batu besar di kiri dan kanan dengan melalui beberapa jeram seperti Salak, Kasai dan Kawah.

Sungai Sedim Sering dijadikan lokasi pertandingan sukan arus deras peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi peminat aksi sukan lasak yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti sukan air ini tidak digalakan mencubanya disini kerana dikhuatiri akan mengalami kecederaan.

#2- Tree Top Walk

Aktiviti Tree Top Walk ini merupakan salah satu kebanggaan disini kerana ia merupakan titi gantung pejalan kaki berasaskan besi terpanjang di Asia dengan jarak sepanjang 950 meter. Bagi menikmati keindahan jeram dari ketinggian 50 meter. Sepanjang melalui titian ini, anda akan menikmati pemandangan hutan hijau dengan pokok-pokok di kiri dan kanan. Malahan udara di ketinggian ini juga lebih sejuk dan nyaman.

\"5

Suasana Sewaktu Berada Di Tree Top Walk

 

#3- Merestas Hutan (Jungle Tracking)

Antara kelebihan tempat ini bagi anda gemarkan aktiviti meredah hutan dan mengenali tumbuhan dan pokok-pokok hutan yang terdapat disini, aktiviti merentas hutan sepanjang 1,454 meter dengan iringan pekerja yang mahir boleh dilakukan.

Aktiviti ini sering dilakukan apabila terdapat kumpulan pekerja syarikat, mahasiswa&mahasiswi, pelajar sekolah dan kumpulan sesebuah kelab mengadakan aktiviti perkhemahan di sini. Tidak terkecuali juga pasangan pelancong luar negara yang suka melakukan aktiviti berjalan meredah hutan ini. Sebagai makluman anda, pokok-pokok beharga dab berusia disini dilabelkan dengan tag nama tempatan dan sainstifik masing-masing bagi memudahkan rujukan pengunjung.

#4- Berkelah & Mandi Manda

Aktiviti wajib di Sungai Sedim ini sememangnya digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong dalam dan luar negara. Meliki air sejuk berarus deras, arus sederhana dan kolam di sebahagian tempat, membuatkan pengalaman berkelah dan mandi di sini sangat menenangkan. Bagi pengunjung yang datang bersama keluarga, aktiviti berkelah ini menjadi pilihan utama. Jadi bila anda sudah datang kesini sebelum pulang itu eloklah kiranya berendam terlebih dulu.

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar Sekarang

#5- Memancing

Kawasan sungai memang tidak sah sekiranya aktiviti memancing ini diabaikan, bagi kaki-kaki pancing di luar sana yang teruja dengan hasil pancingan dan sukakan ikan sungai, Sungai Sedim juga merupakan pilihan terbaik anda. Pelbagai ikan sungai seperti Kelah, Lampam dan Baung boleh anda perolehi kalau kena pada tempatnya.

Bagi anda yang baru mengenali Sungai Sedim dan ingin berkunjung ke sana untuk menikmati sendiri aktiviti-aktiviti ini, terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti chalet, surau, lokasi perkhemahan serta dewan untuk pelbagai aktiviti malahan disini juga boleh dijadikan lokasi majlis perkahwinan yang indah.

Baca Lagi : Keindahan Alam Semulajadi Sungai Sedim

 

 

 

 

Sumber Imej : Mohd Zaidi Desa