7 Aktiviti Ektrem Yang Boleh Anda Cuba Untuk Penuhkan Hujung Minggu

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Adakah anda sudah bosan percutian yang hanya dipenuhi aktiviti lawatan, bersiar-siar dan membeli-belah, anda boleh mencuba sukan extreme sewaktu percutian anda. Rasakan debaran dan adrenalin yang membuak mengalir sewaktu anda mencabar diri anda secara mental dan fizikal pasti  akan menjadi pengalaman yang unik dan menarik untuk anda. Berikut adalah senarai 5 sukan extreme kategori mudah, selamat dan tidak memerlukan lesen rasmi serta latihan yang anda mesti cuba sewaktu percutian

#1- Bungee Jumping 

Tentu anda pernah berdiri di atas jambatan ataupun bangunan yang tinggi dan melihat ke bawah. Kemudian anda terfikir, bagaimana jika anda jatuh? Bungee Jumping adalah jawapan bagi anda. Anda boleh rasakan sendiri perasaan sewaktu jatuh dari tempat yang tinggi dengan selamat. Kaki anda akan dipasang dengan tali elastik yang besar untuk menarik anda sewaktu anda jatuh. Tiada persediaan yang perlu anda buat cuma pergi ke lokasi pergi ke lokasi dan terjun.

\"aktiviti

#2-Paintball

Buat Peminat movie ask dan game peering, realisasikan impian anda untuk berperang. Aktiviti berkumpulan yang sengit. Anda akan bersembunyi di belakang tong besi, menunggu untuk menembak mangsa anda atau anda yang akan ditembak. Anda juga boleh meniru aksi menembak dari filem kegemaran anda sewaktu bermain paintball.

\"aktiviti

#3-Wall Climbing

Memanjat dinding bukan mudah. Anda memerlukan kekuatan tangan dan perlu memilih tempat berpegang dan berpijak dengan betul. Jika tidak anda akan terjatuh ke bawah dan tidak sampai pun ke puncak. Ya, nampak seperti mudah, hanya memanjat dinding tetapi anda akan tahu setelah anda mencubanya.

\"aktiviti

#4-Go- Kart

Tempat untuk anda memandu dan berlumba bersama rakan anda. Dengan hanya memandu kereta kecil yang hanya dibuat dari kerangka besi, tayar dan sebuah enjin. Tentu anda berasa seperti bintang Formula One sewaktu memandu go-kar tersebut. Untuk menang, anda perlu pandu laju, pintas rakan anda, ambil selekoh dengan baik dan terus ke garisan penamat.

\"aktiviti

#5-Water Rafting

Kalau anda suka dengan permainan air atau jenis permainan water sport maka ini jenis permainan yang patut anda cuba di kalang hujung minggu. Berita lebih menarik mengenai aktiviti ini adalah di Malaysia terdapat lebih dari 15 lokasi untuk anda cuba permainan ini. Cuma permainan ini memerlukan team work. Anda secara berkumpulan akan saling membantu mengayuh dan mengawal agar boat anda tidak terbalik atau ditenggelami air.

Oh ya kalau anda tiada team untuk melakukan aktiviti ini apa kata join saja kelab dibawah team kami yang akan bermain water rafting pada 17 October 2015.  Kalau anda ada kumpulan nak join jugak pun boleh. Boleh klik maklumat lanjut di bahagian bawah ini.

Sertai White Water Rafting + Caving Gua Tempurung Challenge!

\"aktiviti

#6-Abseiling 

Selain Wall Climbing untuk aktiviti yang lebih mencabar dari itu anda boleh cuba pula aktiviti jenis  Abseiling. Kalau Wall Climbing anda perlu panjat iaitu dari bawah ke atas untuk aktiviti Abseiling pula anda perlu Menurun dari atas ke bawah. Anda boleh cuba abseiling di pelbagai tempat dan curaman seperti curaman air terjun, bukit berbatu, bangunan dan pelbagai lagi tempat-tempat yang mencabar.

\"aktiviti

#7-Hiking

Aktiviti hiking ada beberapa jenis. Ada yang jenis daypack yang mana anda hiking dan balik pada hari yang sama. Dan ada pula jenis hiking yang anda perlu over night (camping) di camp site yang telah disediakan. Aktiviti ini memerlukan stamina yang lebih kerana anda akan berkeringat sambil menikmati keindahan alam sepanjang bermula hingga untuk pulang semula. Ada jenis hiking yang menuju ke puncak bukit/gunung dan ada pula yang hiking menuju ke Air terjun yang terdapat di dalam hutan.

\"aktiviti

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Baca Lagi : Misteri Danau Kaco \” The Blue Pool\” Yang Mempersonakan

Sumber Foto : Mark Archer, Dan Anderson., Matthew Post, Rita Jean Elliott, Tracey Croke,Sunsword & Moonsabre