Jomlah Follow Kami Di Instagram
Buat mereka yang traveler berstatus tegar. Destinasi ke Bali mungkin adalah destinasi biasa bagi mereka dan sesetengah mereka sudah mula mengatakan ‘bosan’. Mana tidak bosannya ititnerari program lawatan juga sama saja seperti mana orang lain maka sesi lawatan menjadi mainstream dan membosankan. Jadi untuk menjadikan destinasi percutian ke Bali anda adalah unik cubalah tambahkan 7 lagi destinasi tersembunyi di Bali ini pasti percutian ke Bali anda adalah percutian yang awesome berbanding orang lain.
#1- Devil Tears
Anda teringin nak main waterblow? Datanglah ke Devil Tears yang terletak di Nusa Lembongan. Ada sebuah lokasi paling strategik dan selamat di Devil Tears ini untuk anda rasakan sendiri di pukul ombak. Rasakanlah sendiri deruan angin beserta hempasan air laut yang memukul tebing yang mana ia boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter. Jangan lupa bawa baju salinan sekali. Pastinya anda akan basah lencun.
#2-Broken Beach/Pantai Pasir Uug
Dikalangan orang tempatan kawasan pantai ini diberi nama Pantai Pasih Uug dan untuk nama commercial pula ia digelar sabegai Broken Beach. Pantai ini terhasil dari keadaan bentuk muka bumi yang mana launtan yang terperangkap di antara tebing-tebing karang yang membentuk kolam raksasa. Â Di atas permukaan air kelihatan sebuah jambatan batu karang yang terhasil dari hakisan air laut. Memang unik jika dapat bergambar disini. Oh ya pasih uug terletak di Nusa Penida atau lebih tepat lagi di Banjar Sumpang, Kampung Bunga Mekar.
#3– Angel’s Billabong
Melihat airnya yang jernih hingga ke dasar pasti memukau bagi siapa saja yang berkunjung ke Angel’s Billabong. Kalau anda memang hebat berenang dan menyelam jangan lupa bawa masuk sekali gopro bersama untuk mengambil gambar dan video dari posisi dalam air kerana pasti gambar akan kelihatan dek kerana airnya yang jernih. Angel’s Billabong ini tidak jauh dari Pasir Uug dan ia masih dalam kawasan yang sama.
#4- Bukit Pantai Atuh
Di sini anda boleh juga merasai suasana ala-ala pemandangan seperti mana di Koh Phi Phi di Thailand. Mengapa? Kerana disini juga terdapat bukit/pulau karang yang unik dan menawan hampir sama seperti di Phi Phi Island. Kawasan pantai ini masih ‘dara’ dan tiada lagi sebarang pembangunan mega di jalankan disini. Pantai Atuh terletak di Kampung Pejukutan, Nusa Penida iaitu Kabupaten Klungkung. Kalau tak tahu bagaimana nak sampai kesini boleh tanyakan pada supir-supir tempatan.
#5- Desa Pinggan
Satu lagi destinasi yang menjanjikan sebuah panorama indah dan menginsprasikan di Bali. Waktu paling strategik untuk datang ke kawasan ini adalah sewaktu di awal pagi yang mana sewaktu matahari masih lagi mengintip-ngintip dari ufuk timur dan kabus pula seakan-akan memenuhi di permukaan bumi. Desa Pinggan ini terletak di Kintamani. Ia pasti sebuah destinasi yang akan tersemat dalam jiwa anda sampai bila-bila.
#6- Air Terjun Tegenungan
Kawasan air terjun ini tidak jauh dari Kota utama Denpasar di Bali yang mana jaraknya hanya 16km saja dari Denpasar. Lokasi lebih tepat lagi adalah Kampung Kemenuh, Kecamatan Sukawati iaitu di Kabupaten Gianyar. Untuk mereka yang memang sukakan alam hijau dan semulajadi kami yakin anda pasti terpukau dengan keindahan air terjun ini. Cantik sungguh ciptaan ilahi.
#7-Bukit Campuhan
Selain datang ke ubud menikmati pemandangan gunung berapi Batur dan Tasiknya. Sebenarnya anda juga boleh  menikamati pemandangan hijau dengan turun sediri di kawasan Bukit Campuhan. Pemandangan bukit bukau dan pemandangan hijau disini pasti membuatkan gambar-gambar percutian anda akan kelihatan unik. bukit Campuhan ini menjadi lokasi paling disukai fotographer.
Jomlah Follow Kami Di Instagram
Jomlah Baca Lagi : 6 Tasik Yang Menjanjikan Panorama Indah
Sumber Foto : Akila Venkat, @gingsoel_99, ranciscus Nanang Triana , Dwi Sucipta, laurent houmeau, Putu Ary