Selangor atau lebih dikenali sebagai \”gateway to Malaysia\” kerana 2 airport  antarabangsa negara iaitu KLIA dan KLIA2 yang terletak di negeri ini.
Sebenarnya selain airport yang bertaraf dunia ini negeri selangor juga ada banyak tarikan alam semulajadi yang juga world level.
So kali ini team jomlahcuti nak share 9 destinasi outdoor yang best di selangor. Tak perlu tunggu musim cuti sekolah tak perlu tunggu long weekend. Aktiviti ini anda boleh buat hanya di hujung minggu tanpa ambil cuti panjang. Tidak kira bersama rakan mahupun bersama ahli keluarga aktiviti ini amat sesuai dilakukan bersama. Serius cakap..Tempat cantik harga mercik. Rugi siapa tak pergi mencuba.
#1- KANCHING WATER FALL, SELAYANG
Bila sebut selayang mesti korang dah teringat pasar borong besar selayang. Memang pasar borong basah di sana antara pasar borong terbesar di Selangor tapi dekat selayang juga tersimpan Khazanah air terjun yang digelar Air Terjun Khancing. Melalui jalan besar tertera signboard Hutan Lipur Kanching. Anda hanya perlu melalui jalan
bersimen 10 minit saja sebelum sampai ke destinasi ini.
Kalau rasa lokasi pertama ini belum cukup mencabar stamina anda. Maka anda boleh cuba untuk sampai ke level air terjun yang lebih tinggi. Air terjun disini terdapat 7 tingkat lagi. Semakin tinggi anda daki maka semakin fresh, privasi dan semakin cantik pemandangan.
Tapi jangan lupa pastikan korang dah prepare siap-siap denagn kelengkapan trekking yang betul.
#2- ATV ADVENTURE PARK, ULU KLANG
Bagi peminat sukan ATV tergar, sini lah port terbaik untuk korang. Bagi yang tak pernah lagi cuba kederaan ATV yang lasak sini maka korang boleh lah cuba disini.
Ada pelbagai pakej mengikut level keberanian anda. Kalau amatur dan pertama kali jangan cuba-cuba nak terus buat adventure cuba dulu yang level rendah. Tak puas hati baru ambil terus level advance.
#3- SUNGAI CHILING KELAH SANTUARY, KUALA KUBU BARU
Lokasinya yang terletak jauh dari pencemaran udara bandar. Maka khazanah ini mampu lagi fresh. Sungai Chiling ini memang port untuk mereka yang memang kaki Outdoor. Paling best sini adalah ikan kelah kat sini akan berenang sebelah anda. Namun ada juga kawasan yang tak dibenarkan mandi dengan tujuan pemeliharaan secara terbuka ikan kelah disini.
Lokasi ini siap dengan fasilitis penting seperti pejabat ranger, tandas, surau. Maka anda tidak perlu kuatir.
#4- CLIMBING DI DAMAI EXTREM PARK, BATU CAVE
Bagi mereka yang dah biasa buat outdoor mesti tahu sini adalah port bagi mereka yang suka dengan rock climbing. Ramai climber bersetuju untuk mengatakan sini adalah antara tapak rock climbing terbaik yang ada di Malaysia.
Di Damai Batu Cave menawarkan lebih daripada 70 climbing routes yang mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza menjadikan sesuai untuk semua level pendaki amatur mahaupun level professional.
#5- FIREFLY PARK, KUALA SELANGOR
Fakta yang korang mungkin tak tahu. Fenomena firefly di Kuala Selangor ini pernah dianggap sebagai \”The 8th Wonder of the World\”. Aktiviti ini lebih lesiure & cool. Tak perlu memanjat tak perlu mendaki apa yang perlu korang hanya duduk dan menikmati saja keindahan alam ini.
Antara lokasi popular Firefly ini adalah di Kampung Kuantan dan Kampung Bukit Belimbimg. Dengan menaiki sampan dan menyusuri sungai korang fenomena ini lebih kelihatan jelas untuk dinikmati.
#6- FRIM NATURE LANDSCAPE, KEPONG
Mungkin fakta ini juga korang tak tahu. Frim Nature Landscape pernah dianggap sebagai salah satu nature escape yang terbaik di Kuala Lumpur. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan disini .
Boleh hiking, boleh juga mountain biking mencabar diri dengan overcome acrophobia (fobia ketinggian) melalui canopy walkway yang menawarkan pemandangan dari puncak pokok.
Kalau dilihat semula keindahan taman ini, korang mesti tidak menyangka bahawa 85 tahun yang lalu taman ini hanyalah sebuah lokasi lombong timah yang termbiar.
#7- BUKIT JUGRA, BANTING
Ada beberapa landmark historical yang popular disini antaranya Bandar Palace, Bandar Mosque, dan tak lain tak bukan Sri Jugra Lighthouse kat puncak bukit.
Selain dari itu bukit jugra kerap dilawati kerana view-nya yang memang cantik. Outdoor disini yang paling popular adalah paragliding.
#8- KUALA SELANGOR NATURE PARK
Apa yang unik disini adalah terdapat 3 habitat berlainan di taman ini, Hutan lipur, Hutan Paya Bakau, dan Tasik Air Payau. Kebanyak fasilitis disini juga sudah lengkap. Korang hanya perlu melalui laluan pejalan kaki yang telah disediakan.
Disini terdapat lebih 156 spesis burung termasuk 57 spesis burung yang berhijrah.
#9- SKYTREX ADVENTURE, SHAH ALAM
Kalau korang nak menikmati keindahan hutan hujan tropika melalui sudut berbeza maka jawapan terbaik cubalah ke skytrex adavnture yang terletak di Shah Alam.
Skytrex menawarkan pengalaman dari satu pokok ke pokok yang lain melalui sky-trekking di mana korang akan dibawa melalui zipline dan berhuyu hayang bergantung untuk melepasi laluan berhalangan yang tergantung dari puncak pokok tropika Malaysia.
Ini salah satu pengalaman rare yang korang perlu rasai sebelum cuba buat di tempat lain.
Suka dengan artikel ini? Share artikel ini di wall anda.
Baca Lagi : Tips Travel Secara Percuma Yang Semua Orang Boleh Lakukan
Suka dengan artikel ini? Kongsikan pada rakan & sertai komuniti jomlahcuti di telegram : KLIK SINI