#1- Pastikan Nama Anda Tiada Sekatan Imegresen Malaysia
Hari ini kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas bagi mereka yang telah disenarai hitamkan. Ada pelbagai faktor nama anda telah disenarai hitamkan antara yang paling popular adalah masalah pembayaran semula PTPTN. Untuk memastikan nama anda bersih dari disenarai hitamkan anda boleh semak semula DISINIÂ . Caranya mudah hanya masukan No. Kad Pengenalan anda saja.
#2- Passport Masih Sah 6 Bulan
Sibuk cari tiket murah sampai lupa bila tarikh pasport akan tamat tempoh. Untuk pengetahuan anda kebanyakan negara meletakan tarikh luput sebuah passport 6 bulan sebelum tarikh tamat. Kurang 6 bulan maka passport anda dikira tidak sah untuk digunakan.
#3- Visa Perjalanan
Visa lawatan rakyat Malaysia masuk ke mana-mana negara terbahagi kepada dua. Satu visa upon arrival (sewaktu ketibaan) dan satu lagi application visa (visa yang perlu dimohon sebelum berlepas). Untuk upon arrival visa ini anda akan di cop sebaik saja tiba ke negara tersebut. Negara upon arrival visa bagi rakyat Malaysia seperti Jordon, Mesir, New Zealand, Korea dan banyak lagi. Tarikh tamat visa akan dicop sekali sewaktu.
Manaka untuk application visa anda perlu mohon dulu di kedutaan negara tersebut di Malaysia. Negara yang menggunakan application visa sebagai contoh China, India, Pakistan, U.SA, Saudi. Untuk lebih selamat di bahagian ini anda baca & semak dulu regulasi setiap negara yang ingin dilawati.
#4-Â Bayar Segala Bil Yang Tertunggak
Jika anda masih ada bil-bil yang tertunggak atau pembayaran sewa beli yang masih belum dijelaskan maka adalah lebih baik anda jelaskan terlebih dahulu sebelum anda pergi travel. Sedikit sebanyak mood travel anda terganggu bila anda menerima mesej dari pihak bank atau mana-mana pihak diatas tuntutan bil yang masih tertunggak. Spoil tau!
#5- Adaptor & Plug International
Tak semua negara plug sama macam negara kita. Nampak temeh tapi ini hal yang sangat kritikel. Dikala musim sejuk bateri sesetengah gadjet dan telefon akan lebih cepat habis berbanding biasa. Tanpa adaptor yang sesuai maka sukar untuk anda nak caj semula gajet-gajet anda nanti.
#6- Power Bank
Adapter bawa tapi jangan dilupa pula power bank. Dua alat ini perpisahan tiada. Waktu di penginapan kita boleh caj tapi waku travel keluar maka power bank-lah penyelamat untuk semua gadjet kita terus hidup bernyawa.
#7- Extension
Ini satu lagi alat yang sering kali dilupakan. Ada ketika di hotel hanya sediakan satu plug. Kita pula mahu caj smartphone, camera, laptop, tabs, power bank. Maka tanpa wayer extension kita tak mampu untuk caj ini sekali jalan.
#8-Print E-tiket Yang Ditempah
Kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Boleh jadi beg hilang, boleh jadi bateri telefon habis. Maka bagaimana kita mahu buktikan yang kita ada buat tempahan menerusi online jika diminta untuk tampilkan.Ini kerana di sesetengah airport di dunia masih lagi mahu bukti e-tiket penerbangan anda secara dicetak.
#9-Aktifkan Kad Debit atau kad kredit sebelum travel
Bukan semua kad debit & kad kredit di aktifkan untuk kegunaan di negara luar. Ada sesetengah bank anda perlu aktifkan dulu sebelum anda boleh gunakan di luar negara. Ini sebagai alternatif mencegah dari kad yang digunakan anda di godam oleh pihak luar negara yang tidak diketahui. Cara mengaktifkan kad debit atau kredit amat mudah. Hanya call di No. Telefon di bahagian kad dibelakang anda.
Jika anda pengguna kad Maybank anda boleh terus aktifkan menerusi Maybank2u. Begitu juga dengan CIMB anda boleh terus gunakan CIMB Click.
Adakah tips percutian ini berguna? Share kepada rakan anda. Ia sebagai sebuah ingatan untuk beliau membuat check list sebelum travel ke luar negara.
Join Komuniti Jomlahcuti untuk info kemas kini terbaru. KLIK SINI