Apa yang di kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri oleh beliau… Artikel kali ini sedikit panjang namun kami percaya ia bernilai ratusan ribu ringgit sekiranya anda baca dan terus bertindak. Semoga bermanfaat.
Saya banyak buat silap, tersilap langkah. Ada yang sampai rugi puluh ribu. Dikhianati, difitnah, dimalukan, dijatuhkan. Ini semua kira perjalanan normal utk seorang hamba Allah. Namun saya Ditakdirkan super hardworking sejak masuk zaman bekerja. Padahal masa belajar orang pemalas selalu skip kelas. Ini adalah PRINSIP HIDUP yang saya pegang. Anda tak perlu jadi seperti saya (kena warning sbb nanti ramai pulak komen negatif tentang prinsip saya ni.. spoil betul haha) 😂 Kerja kuat 24/7 .
Give your best masa kerja dgn orang.
Belajar buat ‘part time’ bisnes.
Belajar buat ‘side income’.
Sentiasa upgrade skill
Rajin pergi kelas atau seminar percuma atau murah.
Bila dah ada modal, baru pergi seminar berbayar yg mahal.
Ikat perut berjimat.
Kurangkan joli.
Kurangkan shopping.
Tundakan keinginan nak barang branded.
Yea jika anda dah ada kerja hakiki, still anda kena buat part time job. Buat part time boleh buat masa weekdays atau weekend. Masa muda saya memang dah biasa buat byk parttime job sbb badan pun masih bertenaga. Errr skrg pun masih bertenaga pada umur nak masuk 49. Sebab itu dah bersara, saya boleh spend tenaga utk Page BH. Yeaa bukan mudah yea nak hidupkan page nak educate masyarakat ni.
Baca lagi : Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Tabung Travel Cara Pantas
Allah takdirkan saya masuk bidang bisnes sejak 2014 dan sy cepat jugak pick up sbb sy dulu lecturer bisnes, family mmg bisnes kecil-kecilan dari rumah, dan sy dah buat bis parttime masa mengajar dulu. Awal bis saya fokus SAVING dan TUTUP HUTANG KECIL iaitu hutang dengan adik beradik, hutang belajar dan kad kredit.
Pada 2018 saya start tutup hutang secara agresif. Saya rasa 40-50% dari gaji bisnes digunakan utk bayar hutang kereta dan rumah (masa ini saya dah ada syarikat sendiri dan ambil gaji as CEO).
2018-2022 ni memang tahun saya fokus tutup hutang, maka sy kuranglah joli duit.
Contoh Tiap-tiap bulan, bayar extra 2K, 3K, 5K ke PRINCIPAL LOAN RUMAH. Ikut income anda. Maka cepatlah habis loan rumah. Settle !!! Alhamdulillah. 2022 settle hutang. 2022 bersara bisnes.
Saya juga amalkan amalan murah rezeki spt yg ustaz ustazah selalu ajar & memang sentiasa baca DOA BEBAS HUTANG sejak 2014. Semuanya ini berlaku dengan izin ALLAH dengan kehendak Nya jua. Allah yg permudahkan semuanya. Kita ini hamba yang lemah lagi tidak berdaya. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH semata-mata.
Berikut saya kongsikan cara bayar Principal mengikut bank :-
RHB BANK :
- Untuk pemilik loan rumah RHB, anda boleh guna apps RHB.
- Untuk bayaran principal, klik PRINCIPAL PREPAYMENT.
- Untuk loan rumah bank RHB, bayaran PRINCIPAL hendaklah dibuat dalam gandaan 1,000. Maksudnya anda boleh bayar 1K, 2K, 3K, 4K, 5K, 10K, 20K… (setiap bank meletakkan syarat yang berbeza untuk pembayaran principal, sila semak dgn bank masing-masing)
- Bayaran PRINCIPAL loan rumah boleh dibuat pada bila-bila masa. Anytime… So nak buat bayaran principal sekali setahun, 4 kali setahun, tiap-tiap bulan, tiap-tiap minggu pun boleh.
- Nak cepat susut loan rumah, anda kena rajin bayar PRINCIPAL. Itu lah caranya.
- Semakin rajin bayar PRINCIPAL, semakin anda jimat interest/profit charge dan semakin pendek tempoh loan anda.
- Bayaran ansuran loan rumah dan bayaran pengurangan principal loan rumah adalah 2 perkara berbeza. Maka, ianya tidak boleh digabungkan.
- Ingat !!! Bayaran ansuran bulanan loan rumah hendaklah dibayar seperti biasa.
- Jangan skip, jangan lewat bayar ansuran loan rumah, nanti kena penalti atau denda !!!! Jika surat lawyer sampai, kena bayar legal fees, amat merugikannn !!
- Jika anda bayar extra ansuran bulanan rumah, ia akan jadi advanve payment. Bank tidak akan anggap ini bayaran principal.
- Bayaran principal loan rumah bagi setiap bank berbeza-beza. Anda wajib call bank atau tanya pegawai loan cara bayaran principal. Ada bank yang kena pergi kaunter, ada yang kena emel lah… Ada bank yang minta 6 bulan payment, ada yang nak gandaan 1000, macam macam ragamnya.
- Bayaran principal loan rumah hanya boleh dibuat pada loan rumah semi flexi atau full flexi. Namun…. ada feedback yg mengatakan, loan rumah beliau term loan dan boleh buat pengurangan principal. Wallahualam.
- Soalan paling kerap ditanya. PL atau loan kereta boleh buat pengurangan principal ke? Jawapan femes adalah TIDAK BOLEH !!! Namun ada seorang pekerja bank beritahu bank sekarang banyak yang dah guna Reducing Balance Method untuk loan kereta. Jika benar, maksudnya loan kereta boleh bayar principal. So sila lah rajin-rajin bertanya bank anda.
Saya takkan call bank atau anya BANK untuk pihak anda. Anda yang kena tanya sendiri.
CIMB BANK :
- Monthly Loan Installment:
Bayaran bulan yang kita perlu bayar setiap bulan macam biasa.. RM1000 - Advance Loan Payment:
Dah bayar Monthly Loan Installment.. lepastu ada duit lebih kita bayar lagi extra RM1000.. contohnya sekarang bulan 1..advance RM1000 tu kita bayar bulan ni… so bulan 2 tak perlu bayar dah sebab kita dah bayar siap-siap untuk bulan 2.. bulan 3 baru bayar balik.. - Reduce Loan Principal:
Ini yang paling POWER untuk bantu melangsaikan hutang kita dengan cepat.. Semua duit lebihan akan tolak baki loan kita.. selalunya org kita akan sebut tolak duit pokok.. - Setiap bayaran bulan kita terbahagi kepada 2 iaitu Bayaran Principal & Bayaran Interest.. contoh hutang rumah kita berbaki RM100,000.. dan installment kita RM1000.. pecahan bayaran akan jadi mcm ni.. RM200 Bayaran Principal dan RM800 bayaran Interest (contoh pecahan ni sekadar contoh ya supaya org mudah faham)..
- Baki hutang kita akan jadi RM99,800.. Then kita ada duit lebih sbb dapat bonus.. kita bayar RM1,800 gunakan teknik no3 iaitu Reduce Loan Principal.. Baki hutang rumah kita akan jadi RM98,000..
- Bulan berikutnya kita masih perlu bayar monthly installment mcm biasa ya uols.. jgn tak bayar pulak nanti tak pasal2 ccris problem..
- Setiap kali ada duit lebih terus la bayar guna teknik no3 ni sbb setiap bayaran lebih ni akan terus tolak baki principal kita… So hutang kita akan cepat langsai…
- Harap dapat membantu ya.. maaf x dpt reply semua pm☺️ Semoga kita semua dapat langsaikan hutang rumah kita dgn cepat.. Aaminnn…
LPPSA :
- LPPSA = kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Ia merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan untuk geng gomen.
- Berbanding pinjaman bank, pinjaman LPPSA sangat menguntungkan kerana ia menawarkan kadar bunga yang rendah serta margin pinjaman 100% tanpa menggunakan duit poket sendiri.
- Bagi rakan-rakan penjawat awam yang ada rezeki lebih, boleh pertimbangkan untuk buat bayaran lebih pembiayaan LPPSA melalui Penyelesaian Sebahagian.
- Namun, bagi yang telah mendapatkan pinjaman dan sedang membayar pembiayaan rumah, tahukah anda bahawa terdapat cara untuk anda memendekkan tempoh pinjaman dan menjimatkan kadar bunga?
- Tujuan adalah untuk pendekkan tempoh dan jimat interest pembiayaan.
- Namun LPPSA hanya terima bayaran tambahan minimum 6 bulan ke atas.
BERAPA BANYAK BOLEH JIMAT DAN KURANGKAN TEMPOH? SAYA BAGI CONTOH HARGA RUMAH 400K.
BAYARAN BIASA TANPA TAMBAHAN
Harga Rumah : 400K
Bulanan : 1,800
Tempoh : 35 tahun
Total interest : 343K
Bayaran keseluruhan : 743K
BAYARAN DENGAN TAMBAHAN TAHUNAN 6 BULAN
Harga Rumah : 400K
Bulanan : 1,800
Tambahan bayaran 6 bulan setiap tahun : 10,800 (1,800 x 6)
Tempoh : 23 Tahun
Total interest : 212K
Bayaran keseluruhan : 612K
JUMLAH YANG BERJAYA DIJIMATKAN :
Dapat jimat interest sebanyak RM 132K
Dapat pendekkan tempoh bayaran menjadi 23 Tahun sahaja. (Awal 12 Tahun)
CARA BUAT BAYARAN PENYELESAIAN SEBAHAGIAN LPPSA
- Dapatkan jumlah yang tepat.
- Minimum pembayaran adalah 6 bulan ansuran.
- Jadi kalau pembiayaan RM1000 sebulan, minimum adalah RM6000. Namun ini hanyalah kiraan kasar.
- Untuk lebih tepat elok hubungi pihak LPPSA. Sama ada melalui panggilan, e-tiket atau emel. Untuk emel, gunakan yang ini : eftmaklum@lppsa.gov.my
- Buat bayaran seperti kaedah yang dinyatakan di bawah.
- Kaedah bayaran sebahagian LPPSA terdapat dua cara :
- KAEDAH PERTAMA : Bank draft. Cuma yang ni agak lama prosedurnya sebab melibatkan urusan kurier.
Atas nama ‘LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM’ dan dihantar ke alamat:
LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
(U/P : Unit Terimaan Akaun Pinjaman)
P/S: Pastikan bank draft ya. Bukan cek persendirian atau cek peguam. - KAEDAH KEDUA : Melalui perbankan internet : Maybank2U, Cimb Clicks dan JomPay.
Rujuk gambar untuk langkah demi langkah. Agak mudah sebenarnya. Yang penting asal ada duit ja di bank akaun.
Kredit : Bebas Hutang, Myra Miyak , Yasir Awaluddin,