Mungkin dikebanyakan tempat atau bandar utama Vietnam seperti di Hanoi atau Ho Chi Minh kerap kali dikunjungi rakyat Malaysia. Seperti di Ho Chi Minh tarikan utama adalah kepada mereka yang amat sukakan aktiviti membeli-belah. Pelbagai barang yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga tempatan disini yang mana harganya jatuh lebih rendah dan berkualiti tinggi dari destinasi membeli-belah dinegara lain.
Namun artikel kali ini bukanlah tarikan aktiviti membeli-belah yang ingin kami kongsikan. Tetapi kami ingin kongsikan satu destinasi yang jarang dikunjung rakyat Malaysian namun menjadi tarikan pelancong dari pelbagai negara lain.
Tempat yang kami maksudkan itu adalah Muine. Lokasi ini mengambil masa empat ke lima jam dari bandar Ho Chi Minh. Untuk sampai kesini pula pengunjung boleh menggunakan bus yang disediakan khas untuk ke Muine (bagi backpackers). Tambang yang dikenakan hanya skitar 130,000 dong untuk perjalanan sehala. Jadual bus pula sangat flexible iaitu mempunyai 3 trip sehari yang mana bermula pada seawal jam 1.00 am | 8.30 am | 1.30 pm.
Bus yang bergerak dari stesen Ho CHi Minh akan terus masuk ke pekan Muine. Jadi untuk penginapan anda mempunyai pilihan sama ada mahu tempah lebih awal atau mahu walk-in saja terus. Kerana disini terdapat banyak tempat penginapan sama ada Hotel ataupun Hostel dan anda tidak perlu kuatir keran semuanya mudah untuk dijumpai dan berdekatan. Jika hostel harga penginapan sekitar 6USD-12USD semalam. Untuk hotel pula ada pelbagai bergantung kelas mereka tersendiri.
Ada sesetengan pinganapan menyediakan pakej servis tour untuk pegi ke fairy stream/fishing, village/red & white sand dune dengan harga hanya 5USD sahaja untuk seorang.
Untuk pilihan lain untuk menerokai tarikan lain di Muine ini adalah dengan menyewa motosikal tetapi harga sedikit tinggi berbanding dengan membeli pakej tour tadi.
Di Muine kedai yang menyediakan makanan halal sangat terhad. Oleh sebab itu makanan di restoran agak sedikit mahal berbanding di Ho Chi Minh. Alternatif lain adalah anda perlu membawa bekalan makanan sendiri atau jika tidak kisah dengan mengenai bajet makanan boleh saja terus ke restoran makanan halal yang tersedia di pekan Muine ini.
credit imej : cteteris, Lightchrome, Paco Alfonso, Piotr Gaborek