Jomlah Follow Kami Di Instagram
Bila melihat pada gambar pasti anda fikirkan ini adalah Blue Pool yang terletak di Krabi, Thailand. Namun sama sekali anda silap kerana blue pool ini terletak di Taman Nasional Kerinci Seblat (TKNS) iaitu di provensi Jambi, Indonesia. Ye betul. Blue pool ini diberi nama Danau Kaco yang bermaksud Danau Kaca oleh penduduk setempat kerana kejerniahan air danau ini yang seperti kaca. Mereka menggelarkan juga Danau Kaco sebagai mutiara yang tersembunyi di sebalik kerindangan dan keindahan Taman Negara Kerinci Seblat ini.
Danau Kaco ini meninggalkan pelbagai misteri diantaranya kedalaman yang tidak pasti dan dikatakan penduduk setempat. Diceritakan juga sudah beberapa skuad penyelam mencuba untuk mencari jawapan tepat akan fenomena ini tetapi semua masih misteri dimana tong gas penyelam oksigen habis sebelum menyentuh dasar danau ini.
Selain itu Danau Kaco ini dikatakan bercahaya sewaktu malam hari dan akan lebih cantik sewaktu bulan terang . Danau ini terletak di ketinggian 1289 dipermukaan aras laut dan hanya luas berukuran 30×30 meter. Untuk Sampai ke sini mengambil masa seharian perjalanan kerana perlu masuk melalui jalan hutan (hiking)
Kerinci Di provensi Jambi Seperti di dalam Maps
Cara Untuk Sampai Ke Sini :-
- Gunakan Penerbangan Dari Malaysia KUL-PADANG.
- Dari Airport perjalanan ke daerah Kerinci mengambil masa 7 jam perjalanan.
- Untuk yang mudah mabuk sila berhati-hati kerana jalan amat berpusing-pusing.
Kawasan Penginapan :-
- Anda boleh tinggal di kawasan Kayu Aro yang mana berdekatan dengan kaki gunung Kerinci & ladang teh no.2 terbesar di dunia. Selain menikmati pandangan yang klasik dan perkampungan yang mendamaikan
- Suhu di malam dikawasan kayu aro ini sekitar 12-16 darjah. Jadi siap-siap untuk bawa baju sejuk sekali
Makanan
- Tidak apa yang perlu dirisaukan kerana makanan hampir kesemuanya halal, murah dan sedap.
- Menu utama masakan adalah jenis masakan padang.
Ok Jom Cuci Mata Dengan Keindahan Danau Kaco ini.
Kebiruan & Kejernihan Danau Memang Awesome
Pengunjung Yang Hadir Ke Danau Kaco Pasti Terpesona Dengan Keunikan
Dari satu sudut yang berlainan Danau kaco
Pemandangan Dari Kawasan Kayu Aro
Lagi Pemandangan Kayu Aro
Jomlah Follow Kami Di Instagram
Jom Baca Lagi :Â Tips Naiki Pesawat Bersama Anak
Sertai White Water Rafting + Caving Gua Tempurung Challenge!
Jom layan Video Mereka Yang Dah Sampai Ke Danau Kaco
Sumber Foto : Deri Sopian T., yukpergi.com, Luke Mackin