Jomlah Follow Kami Di Instagram
Dalam artikel lepas kami telah kongsikan lokasi-lokasi menarik yang patut anda lawati sekiranya anda berkunjung ke Perlis. Kali ini crew jomlahcuti akan sambung lagi, sedikit informasi mengenai lokasi-lokasi menarik di Perlis yang tidak patut anda abaikan.
Tasik Melati
Merupakan tasik semulajadi yang menyediakan kemudahan riadah, lorong laluan untuk berjalan, dan sampan yang boleh disewa bagi pengunjung yang ingin berkayuh. Jika anda berkunjung ke sini, sebaiknya datang pada awal pagi atau lewat petang kerana panoramanya sangat indah pada waktu-waktu ini apabila kabus menyelebungi keseluruh tasik.
Hutan Lipur Bukit Ayer
Terletak di Sungai Batu Pahat Perlis dan hanya 12 kilometer dari Bandar Kangar. Ia dipenuhi kesegaran persekitaran, tumbuhan hijau dan dilengkapi kedinginan air terjun yang cantik. Bukit Ayer lengkap untuk sesiapa sahaja yang cintakan suasana alam semulajadi.
Taman Ular & Reptilia
Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu-satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sini anda dapat saksikan pelbagai spesis ular yang boleh dilihat di pameran terbuka dan juga tertutup kerana pihak berkaitan ingin memberi peluang kepada pengunjung untuk lebih mendekati haiwan eksotik ini. Terdapat kira-kira 150 ekor ular dari 34 spesis yang ada di taman ini.
Taman Rimba Herba
Terletak beberapa kilometer dari Taman Ular dan bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman ini berfungsi sebagai “muzium etnobotani†dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan di negara ini. Kebanyakan Perlis yang berdekatan dengan Thailand menyebabkan terdapatnya spesis tumbuhan-tumbuhan dari Thailand dan Myanmar turut tumbuh di negeri ini. Di sini anda akan saksikan pelbagai tumbuhan herba yang unik yang tidak ada di negeri-negeri lain di Malaysia.
Muzium Arkeologi Kota Kayang
Muzium ini terletak di antara Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam Mukim Kayang yang berhampiran terusan manusia tertua di semenanjung. Di muzium ini ia mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah/Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis , seperti replica bunga emas, kesan pendudukan penjajah serta koleksi sejarah yang menarik.
Pasar Wang Kelian
Merupakan salah satu pasar membeli belah yang terkenal di negeri ini selepas Padang Besar. Terletak bersempadan dengan Wang Prachan, Thailand. Ia sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan murah. Pasar ini dibuka setiap hari namun keistimewaan pada hari ahad adalah pengunjung tempatan tidak perlu membawa sebarang dokumen perjalanan untuk datang ke sini.
Bandar Diraja Dan Istana Arau
Istana Arau terletak ditengah-tengah Bandar Diraja Arau. Istana yang tersergam indah ini melambangkan pemerintahan beraja negeri Perlis iaitu satu-satunya negeri di Malaysia yang menggunakan istilah “rajaâ€Â bagi pemerintah negeri. Di istana ini pengunjung dapat lihat adanya pelbagai ruang khas dengan fungsi-fungsi tertentu.
Walaupun Perlis merupakan sebuah negeri paling kecil di Malaysia, namun keunikan yang terdapat di dalamnya tidak dapat dinafikan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Pelbagai keindahan semulajadi menjadi kebanggaan penduduk tempatan negeri ini harus kita contohi.
Jomlah Follow Kami Di Instagram
Sumber Foto : yamin, lovelyshafa, Muhammad Ezzat