Beberapa tahun yang lalu, berkunjung ke Korea Selatan bagi pelancong Malaysia bukanlah satu halangan besar. Dengan kedudukan Pasport Malaysia yang kukuh di tangga ke-12 dunia, pelancong hanya perlu menempah tiket murah penerbangan dan terus terbang ke Korea tanpa perlu memikirkan soal visa. Betapa mudahnya perjalanan itu! Namun, situasi kini telah berubah.
Baca : 9 Tips Yang Sering Dilupakan Bila Mana Melancong Ke Luar Negara
Sekitar 7-8 tahun lalu, pelancong Malaysia menikmati keistimewaan bebas visa ke Korea Selatan. Namun, sejak kebelakangan ini, kerajaan Korea telah menarik semula keistimewaan tersebut. Kini, setiap pelancong Malaysia diwajibkan untuk memohon visa sebelum menjejakkan kaki ke negara itu.
Kenapa keistimewaan ini ditarik balik? [Tontong Video Untuk Lebih Detail]
Kerajaan Korea Selatan mengambil langkah ini untuk memperketat kawalan sempadan. Beberapa faktor yang menyumbang termasuk:
- Kes pelanggaran visa dan penyalahgunaan visa pelancong oleh rakyat Malaysia sendiri.
- Peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin dari Malaysia.
- Langkah keselamatan untuk melindungi industri dan warga tempatan.
Walaupun keistimewaan bebas visa telah ditarik, pelancong Malaysia masih boleh meneruskan perjalanan ke Korea Selatan dengan mematuhi proses permohonan visa. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon visa Korea Selatan:
- Lengkapkan Borang Permohonan Visa
- Muat turun borang permohonan dari laman web rasmi Kedutaan Korea Selatan.
- Isi dengan maklumat peribadi, tujuan lawatan, dan butiran penginapan.
- Sediakan Dokumen Sokongan
- Pasport sah dengan tempoh sah laku minimum enam bulan.
- Salinan tiket penerbangan pergi dan balik.
- Bukti tempahan penginapan di Korea Selatan.
- Penyata bank tiga bulan terkini untuk menunjukkan kestabilan kewangan.
- Surat pengesahan pekerjaan atau surat pengajian (jika berkaitan).
- Hantar Permohonan ke Kedutaan
- Hantar dokumen ke Kedutaan Korea Selatan di Malaysia atau melalui agensi yang diiktiraf.
- Bayar yuran visa seperti yang ditetapkan.
- Tunggu Keputusan
- Proses biasanya mengambil 7-10 hari bekerja.
- Pastikan nombor telefon aktif untuk dihubungi jika ada maklumat tambahan yang diperlukan.
Jadi sebagai pengajaran dari video di atas, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah tidak mengambil kesempatan, tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa menjaga akhlak sepanjang berada di luar negara. Sebarang masalah yang anda timbulkan atas kepentingan diri sendiri sebenarnya memberi kesan ke seluruh rakyat Malaysia pada masa akan datang.