Inspirasi Ringkas Kisah Serbaneka 7 Eleven : Bermula Kecil, Berfikir Besar

Kisah Bagaimana Kedai Serbaneka 7 Eleven Bermula-1

Pernahkah anda terfikir bagaimana perniagaan besar seperti 7-Eleven bermula? Kisahnya bermula sekitar tahun 1920-an dengan seorang lelaki bernama Joe C. Thompson yang hanya menjual ais kepada penduduk setempat. Pada waktu itu, peti sejuk belum dikomersialkan sepenuhnya, jadi ais sangat diperlukan untuk menyimpan makanan agar tahan lebih lama.

Permulaan Kecil dengan Satu Keperluan

Joe melihat masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat dan membuka kedainya hingga lewat malam bagi memudahkan mereka mendapatkan ais pada bila-bila masa. Lama-kelamaan, beliau mendapat idea untuk menjual keperluan asas lain seperti roti dan susu. Dari situ, beliau menjenamakan perniagaannya sebagai 7-Eleven, mencerminkan waktu operasinya yang panjang.

Pelajaran dari Kisah Ini

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini? Konsep berniaga yang berjaya bukanlah tentang memikirkan bagaimana untuk terus menjadi jenama besar, tetapi bermula dengan menyelesaikan SATU masalah di TEMPAT anda.

Ramai yang ingin memulakan perniagaan dengan impian besar, seperti memiliki kilang sendiri atau menyaingi jenama kosmetik terkenal. Namun, langkah pertama yang lebih realistik ialah mencari satu masalah setempat dan menyelesaikannya terlebih dahulu.

Kisah Bagaimana Kedai Serbaneka 7 Eleven Bermula-2

Bagaimana Nak Mulakan?

  1. Kenal Pasti Masalah Setempat – Contohnya, jika di kawasan anda tiada yang menjual nasi lemak pada waktu petang dan malam, ini mungkin peluang untuk anda.
  2. Uji Pasaran Tanpa Risiko Besar – Mulakan dengan mengambil pesanan secara pre-order tanpa membuka gerai fizikal.
  3. Gunakan Platform Sedia Ada – Manfaatkan perkhidmatan penghantaran makanan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan produk anda.
  4. Validasi Idea Sebelum Berbelanja Besar – Jika sambutan baik, barulah fikirkan untuk membesarkan perniagaan.

Kesilapan biasa yang dilakukan oleh peniaga baru ialah terus membuat persiapan besar, seperti menyediakan 100 bungkus nasi lemak dan menyewa tapak perniagaan sebelum memastikan ada permintaan. Tanpa validasi awal, modal yang dikeluarkan mungkin tidak dapat dikembalikan, dan perniagaan hanya bertahan beberapa hari sahaja.

Buku Business Paling Laris Tahun 2024

Contoh Kejayaan Bisnes Tempatan

Lihat bagaimana jenama 99 Speedmart bermula. Ia hanya menyelesaikan masalah pengguna di Klang sebelum berkembang menjadi lebih daripada 3,000 cawangan di seluruh Malaysia.

Kesimpulan

Mulakan dengan menyelesaikan satu masalah di tempat anda. Sama ada menjual teh ais dari rumah ke rumah, menawarkan perkhidmatan cuci kereta bergerak, atau servis lipat baju, pastikan ada keperluan sebenar sebelum mengembangkan perniagaan. Jika anda berada di kawasan orang kaya, perniagaan berbentuk perkhidmatan adalah pilihan terbaik kerana mereka mempunyai duit tetapi kekurangan masa.

Gunakan strategi ini untuk membina perniagaan yang kukuh dari bawah, sama seperti yang dilakukan oleh perniagaan besar hari ini. Semoga inspirasi ini membantu anda memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan!

 

Baca Lagi : Panduan Lengkap Travel Ke Jepun