Itinerari Percutian Sehari di Kuala Lumpur dengan Pengisian Ramadan

Kuala Lumpur adalah destinasi menarik untuk diterokai dalam sehari, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan sebelum berbuka puasa, anda dapat menikmati pengalaman percutian yang bermakna. Berikut adalah cadangan itinerari percutian sehari di Kuala Lumpur dengan pengisian Ramadan.

Pagi: Lawatan Santai dan Aktiviti Ilmiah

5:30 AM – Sarapan Sahur di Kampung Baru

Sebelum memulakan hari, nikmati sahur di Kampung Baru yang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan tradisional seperti nasi lemak, roti canai, dan bubur lambuk. Kemudian boleh solat subuh berdekatan.

7:00 AM – Lawatan ke Masjid Negara

Selepas selesai solat Subuh, lawati Masjid Negara untuk menghayati keindahan seni bina Islam dan sejarahnya. Anda juga boleh mengambil peluang untuk mendengar tazkirah pagi yang sering diadakan di sini.

10:30 AM – Melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia

Muzium ini adalah tempat terbaik untuk memahami seni dan budaya Islam melalui koleksi manuskrip Al-Quran, seni khat, dan artifak bersejarah dari seluruh dunia.

Muzium Kesenian Islam

Baca lagi : Trip 1 Hari ke Ipoh Dengan ETS

Tengah Hari: Aktiviti Santai dan Menambah Ilmu

12:00 PM – Menyantuni Gelandangan dan Asnaf

Gunakan masa sebelum berbuka untuk melakukan amal kebajikan dengan menyertai program agihan makanan kepada golongan memerlukan melalui organisasi seperti Pertiwi Soup Kitchen dan banyak lagi NGO yang aktif mengagihkan makanan ini.

1:30 PM – Berehat dan Solat di Masjid Jamek

Masjid Jamek, antara masjid tertua di Kuala Lumpur, menyediakan ruang yang tenang untuk berehat dan beribadah.

3:00 PM – Membeli-belah di Pasar Seni

Jika ingin mencari cenderahati atau keperluan Ramadan seperti baju raya dan kurma, Pasar Seni adalah lokasi ideal. Selain ada juga tempat membeli baju Raya yang popular seperti wisma yakin, jalan masjid india dan Jalan TAR.

Petang: Berbuka Puasa dan Terawih

5:30 PM – Singgah di Bazar Ramadan Jalan TAR

Bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti murtabak, ayam percik, dan kuih tradisional.

Itinerari Percutian Sehari di Kuala Lumpur dengan Pengisian Ramadan

7:15 PM – Berbuka Puasa

Di Kuala Lumpur terdapat pelbagai restauran lokal dan international, street food bazar dan pelbagai jenis konsep juadah lain seperti chinese muslim, mamak, Vietnam cuisine, Korea, arab dan pelbagai lagi. Jadi ini semua bergantung kepada budget anda sendiri. Jika ada minat dengan konsep street food boleh hanya berbuka di sekitar jalan TAR atau Jalan Masjid India manakalah jika anda mempunya budget yang lebih boleh cuba restaurant yang kami cadangkan dibawah.

  • Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral: Restoran ini menawarkan bufet berbuka puasa bertemakan ‘Santapan Selat Melaka’ dengan pelbagai hidangan asam pedas yang lazat. Suasananya santai dan futuristik, sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.
  • Lemon Garden, Shangri-La Hotel: Nikmati pengalaman berbuka puasa mewah dengan lebih daripada 300 hidangan tradisional Melayu, Asia, antarabangsa, dan Timur Tengah. Atmosfera yang menenangkan dengan stesen memasak langsung menambah keistimewaan pengalaman berbuka anda.
  • Naj & Belle Bangsar: Jika anda mencari hidangan barat dengan pelbagai pilihan, restoran ini menawarkan suasana yang cantik dan menu yang pelbagai.
  • Kapitan Bangsar: Restoran baru yang menghidangkan pelbagai seleksi makanan India Utara seperti naan garlic keju, ayam tandoori, dan briyani yang pasti mengujakan selera anda.

8:30 PM – Solat Terawih di Masjid Wilayah Persekutuan

Akhiri hari dengan solat terawih di Masjid Wilayah Persekutuan yang terkenal dengan seni binanya yang indah serta suasana yang nyaman untuk beribadah.

Itinerari ini memberikan keseimbangan antara pelancongan, ibadah, dan amal kebajikan sempena Ramadan. Kuala Lumpur bukan sahaja menawarkan tarikan moden tetapi juga pengalaman rohani yang mendalam. Semoga perjalanan anda di Kuala Lumpur penuh keberkatan dan memberi ketenangan jiwa!

Baca Lagi : Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Sabah