Wanita Ini Kongsi Itinerary Jakarta Bandung 6 Hari 5 Malam Dengan Kos Hanya RM1,333 Seorang

Jakarta dan Bandung merupakan dua destinasi pelancongan popular di Indonesia yang menawarkan pengalaman bercuti yang unik dan berbeza. Jakarta, sebagai ibu negara, terkenal dengan pusat membeli-belah mewah, kehidupan bandar yang sibuk, dan warisan sejarah yang kaya. Sementara itu, Bandung yang terletak hanya beberapa jam dari Jakarta menawarkan suasana lebih santai dengan udara sejuk, pemandangan hijau, serta deretan kafe dan tempat menarik yang sesuai untuk pencinta alam dan fesyen.

Gabungan Bandar Moden & Alam Sejuk

Percutian ke Jakarta dan Bandung sering menjadi pilihan kerana jaraknya yang dekat serta akses yang mudah melalui jalan darat atau kereta api. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi itinerari, tempat menarik, serta tips berguna untuk menjadikan perjalanan anda ke dua bandar ini lebih lancar dan menyeronokkan.

Dengan kos hanya RM8,000 anda sudah boleh menikmati percutian ke Jakarta Bandung seramai 6 orang sekeluarga. Ini bermaksud kos untuk seorang hanya RM1,333.33 seorang selama 6 hari secara keseluruhan (termasuk ticket penerbangan, penginapan, makan kos pengangkutan)

Kenapa Bandung?

1. Sejuk & tenang. Kawasan Tanah tinggi
2. Banyak attraction baru contoh: Dusun Bambu, The lodge Maribaya, Lembang zoo jauh lebih bersih dan menarik, Orchid Forest, Kawah Putih, Rengganis suspension bridge
3. Makan, tiket masuk & shopping murah.
4. Ada banyak choice tempat nak berjalan dan menikmati permandangan.
5. Flight tiket lebih murah. Ni paling utama.

Itinerary Jakarta Bandung 6 Hari 5 Malam -1

1. Booking Flight Ke Jakarta

  • First thing first. Before nak survey benda-benda lain, saya start survey dulu flight tiket. Yelah, nak ke bandung ni kalau dari KL naik flight jelah paling senang.
  • Flight : KL – CGK – KL ( RM 3,800 / 6 pax )
  • Saya pilih airasia. Dah survey sebelum malam
  • Tahun baru lepas, tiket above 4K. Tak sangka ngam-ngam waktu malam tahun baru tu tiba-tiba AA ada offer. Sebenarnya consider mahal jugak ni sebab last minit. Tapi Harga tiket dah Include :
    – luggage 25kg pergi, 40kg balik
    – seat 6 pax (return)
    – insurance
    – Meals ( masa balik sebab flight pagi buta & tak sempat breakfast)

Tips beli flight ticket murah :

  • beli malam hari selasa & rabu. Memang menjadi. Saya compare harga isnin dan selasa memang ada banyak beza. Tips ni pun ramai backpackers yang share. Cuba lah!
  • Jangan bergantung hanya 1 platform. Boleh cuba survey platform lain antaranya Trip Tiket Murah & Agoda Flight

Baca Lagi : Itinerary 4 Hari 3 Malam Percutian Ke Sabah

2. PENGANGKUTAN

  • Airport Jakarta – Hotel : lepas nego rp280k (RM76) termasuk tol. Time sampai JKT peak hours. Orang semua baru balik kerja. Macet teruk.
  • Hotel – Thamrin – Hotel : Gojek rp25k (RM6.50) (Booking sini)
  • Hotel – Stasiun Halim (train woosh) : rp260k (RM71) termasuk tol (Booking sini)
  • Bullet train : whoosh (keretapi cepat)
  • Stasiun Halim – pandalarang rp250k x 6 = rp1.5juta (RM409) . Dapat free entrance Dusun Bambu. Tiket beli Walk in je tak perlu book awal2. Saya beli di kaunter walaupun 20 minit lagi keretapi nak sampai. Kalau terlepas pun takpe, sebab tiket memang banyak. So no worry!.

Itinerary Jakarta Bandung 6 Hari 5 Malam -2

3. Booking Penginapan

4. Supir/Pemandu

  • Saya nak anak-anak selesa so ambil supir 3 hari full bawa jalan-jalan ke lembang dan tempat makan.
  • Kereta Daihatsu Luxio 6 seater. Hari ke-4 minta supir hantar dari Bandung terus ke Jakarta.
  • Sebab beg makin bertambah🤣
  • Total : RM 1k (untuk 4 hari) (8:00 am – 9:00 pm)

5. Travel Insurance

  • Takaful : RM 65 untuk 6 pax = 6 hari
  • Pastikan ambil travel insurance ya

6. Makan & Shopping

  • Kampung Daun (sedap sama macam dulu)👍
  • Cibiuk Resto ( tak sedap sgt tapi tempat cantik)
  • Pagi sore bandung (biasa je nyah)
  • Stone Cafe (nice view & makan sedap)
  • Tahilalat Braga street (dessert sedap)
  •  Kedai makan area braga banyak yang sedap dan murah. kopi pun sedap.
  • Shopping Bandung : Braga street , Niion , exsport, Jalan Sultan Agung, 23 Paskal, Toko Tiga , Pasar Baru,
  •  Shopping Jakarta : Thamrin, Grand Indonesia, Sarinah, Tanah Abang

Itinerary Jakarta Bandung 6 Hari 5 Malam -3

Itinerary 6 Hari 5 Malam Jakarta Bandung

Hari 01 : Kuala Lumpur – Jakarta

  • Jangan lupa Isi siap-siap 3 form sebelum fly.
    ➡️ E-visa autogate ( setiap org kena isi https://evisa.imigrasi.go.id )
    ➡️ E-custom ( sorang je isi https://ecd.beacukai.go.id )
    ➡️ Satusehat ((setiap orang isi https://sshp.kemkes.go.id )
  • Dari airport ke hotel 1 jam
  •  Check in hotel Yellow Bee Tanah Abang
  •  Dinner area thamrin city (thamrin jam 8 pm dah tutup. Kena datang awal)
  • Balik hotel

Hari 02 : Jakarta – Bandung

  • 8:00 am Check out hotel
  • Order taxi bluebird 6 seater ke stasiun Halim
  • 9:00 am naik bullet train woosh ke bandung (20 minit je perjalanan)
  • 9:20 am arrival padalarang whoosh station bandung
  • 9:30 Pick up by Supir Pak dedy kat stasiun pandalarang.
  • Terus ke Dusun bambu. Ada water coaster,ada path of water, playground utk dewasa pun ada.
  • Lunch Kampung daun restoran
  • Orchid forest/golden pine cafe. Wajib masuk list. Mula-mula macam menyesal datang sini. Tapi tempat ni macam dunia lain. Sejuk pulak tu.
  • Petang baru check in hotel Grand Dafam Braga
  • Night walk kat jln braga (100 meter je dari hotel)

Hari 03 : Bandung

  • 7:00 am Breakfast di hotel
  • 8:00am gerak ke The lodge of maribaya. Cantik sangat kat sini. Banyak spot ootd jugak.
  • 10:00 am Floating market lembang. Best juga kat sini. Ada go cart, ada rainbow slide yg tinggi tu, tak sama macam floating market kat hatyai. Tempat bersih dan luas.
  • 11:00 am Lembang Zoo & Park. Best gila ye lembang zoo ni. Binatang semua boleh tengok dekat2. Zoo bersih dan takde bau busuk.
  • Lunch restoran cibiuk restro lembang. Restoran lawa tapi makanan so-so je.
  • Balik ke bandung
  • Shopping toko tiga
  • Repeat night walk Jalan Braga. Masa time ni kami ambil servis street photographer utk family picture. Jln braga tak pernah boring.

Hari 04 : Bandung

  • Anak2 dah tak larat. Cancel ke kawah putih dan Rengganis Suspension Bridge. So harini just jalan area bandung je.
  • Bfast Pagi Sore Bandung
  • Request supir bawa shopping kat Niion, Jalan sultan Agung banyak outlet local brand. Suami & anak2 laki semua rambang mata tengok baju, seluar kasut area ni.
  • Then supir bawa pasar baru, kedai Oleh2 3 rasa
  • 23 paskal mall
  • Jalan Asia Afrika & jalan braga ( selfie dengan Hantu & cosplay)

Hari 05 : Jakarta – Bandung

  • 8am breakfast & check out
  • Singgah beli kudapan kat kartikasari
  • 9am Gerak to jakarta
  • Lunch PIK Aloha
  • check in hotel holiday inn express jln hj wahid
  • Jalan kaki ke Sarinah
  • Ambil Bajaj ke Grand Indonesia
  • Balik hotel

Hari 06 : Jakarta – Kuala Lumpur

  • 5:00 am check out hotel
  • 5:30 am sampai airport
  • Check in luggage
  • Breakfast kat airport & fly back KL

Tip tambahan :

  • Banyak benda boleh kurangkan kalau ikut itenari ni. Tapi demi keselesaan anak-anak
  • contoh macam hotel di bandung saya pilih yang best sikit.
  • Lagipun 100 meter je dengan Braga street.
  • Nak hotel lebih murah ada banyak je pilihan lain.
  • Tapi untuk family 6 orang saya pilih hotel apartment je.

 

Share & save itinerary ini dengan klik butang share supaya mudah untuk anda jadikan rujukan semula pada masa akan datang.

Penulisan & Gambar Asal : Nina Azahari

Suka dengan itinerary & perkonsgian sebegini. Jangan lupa follow kami di FACEBOOK & INSTAGRAM