Travel pada masa sekarang menjadi kebiasaan kepada kita. Urusan kerja, bercuti, balik kampung, jumpa orang tersayang dan pelbagai lagi urusan yang memerlukan kita untuk travel. Tetapi kadangkala urusan travel ini menjengkelkan juga. Perlu mengosongkan poket, perlu beg sandang untuk menyimpan pelbagai dokumen dan keperluan travel, tertinggal atau terlupa barangan kecil seperti pen, earphone dan kaca mata, tidak bersedia dengan cuaca yang tidak menentu dan pelbagai lagi perkara yang boleh menyukarkan kita sewaktu travel.
Tahukah anda, pelbagai masalah ini dapat diselesaikan dengan satu pakaian sahaja. Sehelai jaket gila yang mempunyai pelbagai fungsi cukup berguna untuk traveller. Diperbuat dari fabrik yang tahan lasak dan berkualiti dengan rekaan fesyen dan warna menarik dari formal kepada santai. Apa yang gila ialah jaket ini mempunyai pelbagai fungsi istimewa untuk traveller.
Ia mempunyai sembilan poket khas untuk menyimpan barangan kecil daripada pen sehingga sebesar tablet. Jaket gila ini dapat mempersiapkan anda dengan cuaca yang tidak menentu dengan hood yg boleh ubahsuai, sarung tangan dan kalis air. Bagi perjalanan jauh, terdapat bantal angin yg memerlukan dua saat untuk ditiup disisipkan bersama jaket ini untuk keselesaan anda berehat. Gila bukan?
Pelbagai fungsi lagi terdapat pada jaket ini. Malah boleh digunakan sebagai jaket harian anda juga. Sangat mudah, trendy dan style dan berbaloi memilikinya. Anda boleh lihat pada video yang disertakan ini.