China Mencipta Rekod Membina Jambatan Gantung Kaca Terpanjang Di Dunia

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jangan katakan jambatan gantun kaca. Jambatan gantung kayu pun dah cukup untuk mengecutkan perut kita yang sedang meniti. Inikan pula nak melalui jambatan yang kita boleh lihat jelas apakah yang ada di setiap langkah perjalanan sewaktu berjalan di atas jambatan tersebut.

Jambatan Gantung berlantai kaca ini telah dibuka sepenuhnya pada umum bermula bulan Julai yang lalu. Ia terletak di Zhangjiajie National park, China. Dikatakan jambatan ini berada di ketinggian 984 kaki dari permukaan tanah dan panjang jambatan ini bersamaan dengan 3 padang bola sepak iaitu sekitar 590 meter dan lebar berukuran 6 meter.

\"jambatan

Sumber mengatakan juga ditengah jabatan ini akan dibuka ruang pengunjung untuk mencuba lompatan bungee jumping yang tertinggi di dunia.

Oh ya untuk pengetahuan anda dalam satu-satu masa jambatan berlantai kaca ini mampu menampung seramai 800 pengunjung yang berada di atasnya.  Jadi sekiranya anda berkunjung kesini jangan lepaskan peluang untuk turut sama merasai pengalaman berjalan di atas jambatan gantung kaca ini.

Amacam? Ada Berani? Jom layan video kat bawah.

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jomlah Baca Lagi : Tarikan Alam Semulajadi Di Taman Negera Malaysia