Tasik dan sungai bawah tanah mungkin adalah antara senarai terakhir yang ingin anda lawati dalam hidup ini, dan mungkin juga tiada dalam senarai tempat percutian yang ingin anda semua harapkan untuk sampai. Kali ini crew jomlahcuti ingin berkongsi bersama anda sungai dan tasik bawah tanah yang mungkin ingin anda lihat sendiri keunikan dan betapa cantiknya lokasi indah yang tersembunyi ini.
#1- Tasik Chedar George, Great Britain
Tasik Cheddar membentuk jurang yang terbesar di Britain, yang ditemui di dalam gua Cheddar. Tasik ini mempunyai banyak stralagtit dan juga unik. Bagi peminat dan peneroka gua, gua ini masih banyak menyimpan sejarah yang belum dikaji.
#2- Tasik Gua Mellisani, Geneva
Tasik ini terletak di Geneva berhampiran dengan Kefalonia. Tasik ini ditemui selepas bumbung gua Mellisani runtuh akibat gempa bumi pada tahun 1953.
#3-Tasik Hamilton pool, Texas
Tasik atau kolam Hamilton ini terjadi secara semulajadi apabila kubah gua bawah tanah telah runtuh dan mendedahkan suasana tasik yang cantik ini.
#4- Tasik Gua Banff, Canada
Tasik yang terletak di Canda ini mempunyai air tasik yang kecil di dalamnya yang turut menghiasi tasik bawah tanah yang sememangnya sangat indah ini.
#5-Tasik Luray Caverns, Virginia
Tasik yang terletak di Virgina ini mempunyai banyak stalagtit yang menghiasi bumbung-bumbung gua. Tasik ini dipenuhi air yang sangat jernih dan sangat cantik.
#6- Tasik Macan Che Yucatan, Mexico
Tasik ini disinonimkan dengan tasik yang banyak dianugerahkan hadiah dari tuhan oleh kaum maya. Maka ia dianggap suci sehingga kini.
#7- Tasik Gua Reed Flute, China
Tasik Gua Reed Flute ini ditemui pada zaman dinasti Tang hampir 1,300 tahun yang lalu. Tasik bawa tanah Guilin yang terletak di Guangxi China ini dikatakan mempunyai landskap antara yang tercantik di dunia.
#8-Tasik Gua Wookey Holem England
Tasik ini dikatakan pernah didiami oleh orang-orang terawal di daerah ini.
#9- Tasik Gua Lechuguilla, New Mexico
Gua Lechcuguilla di Carlsbad Carvens National Park, New Mexico merupakan gua yang kelima terpanjang di dunia yang ditemui. Ia merangkumi 120 batu panjang dan kedalaman 489 meter. Ini menjadikan tasik paling dalam di benua Amerika Syarikat.
Sungai, danau atau tasik bawah tanah sememangnya khazanah semulajadi yang tidak ternilai dan masih belum diterokai oleh kebanyakkan negara. Di negara kita sendiri mungkin masih banyak lagi tasik atau sungai bawah tanah yang masih belum kita ketahui keberadaannya. Lawatilah dan lihatlah sendiri keindahan pemandangan tasik bawah tanah ini dengan mata anda sendiri. Rasailah ketenangan yang tidak pernah anda bayangkan.
Baca Lagi : Puasnya Berendam Di Sungai Chilling. Sungai Chiling? Di mana itu..?