KLIA Tersenarai Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik di Dunia

KLIA antara lapangan terbang terbaik di Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi membanggakan Malaysia apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024.

Baca lagi : 7 Fakta Mengenai Kapal Terbang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

KLIA Mencapai Skor Hampir Sempurna

Menurut laporan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), KLIA memperoleh skor 4.99 daripada 5, menandakan prestasi luar biasa dalam aspek:
✅ Keselesaan dan kebersihan terminal
✅ Kemudahan daftar masuk dan keselamatan
✅ Layanan mesra kakitangan
✅ Wi-Fi berkelajuan tinggi dan akses mudah
✅ Pilihan tempat makan dan membeli-belah yang pelbagai

KLIA Tersenarai Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik di Dunia -1

Sumber infografik: bernama

Usaha Penambahbaikan KLIA

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, KLIA giat meningkatkan pengalaman penumpang dengan pelbagai inisiatif baharu:
✔️ Kawasan tempat duduk lebih luas dan selesa
✔️ Stesen pengecasan untuk peranti elektronik
✔️ Surau moden dan selesa
✔️ Wifi yang pantas & boleh dipercayai 
✔️ Sistem daftar masuk kendiri & penghantaran bagasi automatik

KLIA antara lapangan terbang terbaik di Malaysia

KLIA Bersedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, KLIA terus melakukan naik taraf utama untuk memastikan ia kekal sebagai lapangan terbang terbaik di Asia dan dunia. Dengan pelbagai kemudahan bertaraf antarabangsa, KLIA bukan sahaja menjadi kebanggaan Malaysia tetapi juga pilihan utama pelancong global.

Jika anda merancang untuk melancong, pastikan KLIA menjadi pintu masuk utama anda ke destinasi impian!

Baca lagi : Negara Islam Terkecil Di Dunia! 100% Penduduk Muslim