Jomlah Follow Kami Di InstagramÂ
Andalusia, negeri indah dan unik, tunduk dalam pemerintahan Islam dari tahun 92 H/711 M hingga tahun 797 H/1492 M. Kekhilafahan Islam dan dinasti-dinasti kaum muslimin, telah mengubah wilayah di Eropah menjadi simbol kegemilangan peradaban dan kekuatan kaum muslimin. Umat Islam mengisinya dengan kejayaan dan keunggulan peradabannya. Ketika wilayah Andalusia, yang kini terletak di Sepanyol dan sebahagian kecil Portugal berada di bawah kekuasaan kaum muslimin, jejak-jejak kecemerlangan peradaban mereka menjadi rujukan bangsa-bangsa di Eropah.
Bangunan-bangunan dengan estetika dan kemegahan tegak berdiri. Ilmu pengetahuan dan penelitian berkembang pesat. Para sejarawan yang meneliti negeri Andalusia banyak menceritakan bagaimana umat Islam yang tinggal di wilayah itu berjaya memberikan sumbangan bagi peradaban dan ilmu pengetahuan ke segenap benua Eropah.
Panorama Kota Barcelona Yang Amat Indah
Jika hari ini kita mengenal kota-kota indah seperti Barcelona, Madrid, Valencia, Sevilla, Granada, Malaga, Cordova, dan sebagainya yang hari ini tersohor di sebagai kelab bola sepak ternama serta menjadi tempat peranginan dunia, ketahuilah bahawa dahulunya kota-kota tersebut dihuni oleh kaum muslimin, dan berada di bawah pemerintahan Islam.
Kedaifan dalam mempertahan pemerintahan Islam di Andalusia amat menyedihkan. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Islam dibawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir Andalusia iaitu Granada dari tahun 620-897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamatkan maruah pemerintah Islam dibawah pemimpin Abu Abdullah daripada di gulingkan dengan lebih teruk.
Sekitar pemandangan di bandar Madrid
Penyerahan dalam bentuk perjanjian yang ditandatangani oleh pihak Islam dan Kristian itu dilakukan dan diserahkan kepada Raja Kristian Sepanyol iaitu Ferdinand dan Isabella. Perjanjian yang dikatakan mempunyai 67 perkara itu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka ingin keluar dari Sepanyol menuju ke daerah lain, terutama untuk kembali ke daerah Afrika Utara.
Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar!
Jika anda menjejak kaki ke Andalusia ketika ini, anda dapat melihat sendiri bagaimana kota yang dibina oleh pemerintahan Islam kelihatan dihancurkan dan hampir tidak ditemui oleh para sejarawan dan ahli arkeologi. Lebih jelas jika dilihat bagaimana kota Madinah at-Zahra ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan runtuhan kota itu seolah tidak dapat lagi untuk diselamatkan. Walaupun kota ini dikhabarkan musnah akibat pergolakan dan peperangan saudara pada tahun 1010M, namun keunggulan kota ini terus malap apabila Andalusia jatuh ke tangan bangsa bukan Islam.
Walaubagaimanapun, zaman ini terdapat pelbagai pembaharuan yang mengagumkan. Antara yang dapat dibanggakan hingga kini adalah hasil seni binanya yang unik dan ketinggian teknologi yang ada pada zaman tersebut. Contohnya pembinaan sebuah Masjid Besar Cordova (Sepanyol) sehingga diiktiraf sebagai senibina terbaik dunia.
Pemandangan Indah CordovaÂ
Selain itu, pembinaan Madinah Al-Zahra juga dianggap sebagai senibina Sepanyol yang mengagumkan.
Madinah al-Zahra yang terletak 5km dari Cordova
Senibina islam kian terserlah dengan terbinanya Air Pancut di Granada yang mengutamakan senibina hiasan dalaman berbanding hiasan luarannnya, selain itu penggunaan mozek juga digunakan secara meluas di masjid-masjid, rumah-rumah sultan, kediaman pembesar dan tempat-tempat mandi awam.
Pemandangan Kota Granada Dari atas Melalui La Al-Hambra
Tulisan kaligrafi juga ditonjolkan secara meluas melalui tulisan ayat-ayat al-quran, ungkapan kesusteraan dan puisi arab. Kemuncak senibina islam di Granada adalah apabila terbinannya Istana Al-Hambra yang sangat indah. Terletak di bukit Sierra Nevada di pinggir kota Granada, dipenuhi hiasan bewarna emas, dengan rekabentuk yang sangat menakjubkan dan pernah dianggap sebagai bangunan paling indah di dunia.
Disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku, pemerintahan Islam akhirnya tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerahkan penguasaan mereka selama hampir 8 abad itu kembali kepada Kristian.
Jomlah Follow Kami Di Instagram
Baca Lagi : Keunikan Gold Coast, Australia Yang Wajib Anda Tahu
Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar!
Pemandangan bangunan sekitar bandar Sevilla
Sumber Foto : Angiolo Manetti, SBA73, François de Nodrest / Pantchoa, Jordi M.J, TresMariasinPie , octopuzz, Antonio Vaccarini