Jomlah Follow Kami Di Instagram
“Eh Singgah Toilet Sekejap, Aku Sakit perutlah.â€
“Eh, Korang pergi la, Aku tak sedap badan lah.â€
Tentu anda atau rakan anda pernah melalui situasi seperti di atas sewaktu bercuti, Kebiasaannya kita merancang aktiviti percutian dengan teratur dan padat kerana ingin menjimatkan masa tetapi selalu terhalang kerana masalah kesihatan. Akibatnya percutian jadi terganggu dan kurang seronok. ya, kita tidak tahu bila kita akan sakit tetapi kita boleh mencegah hanya dengan beberapa tips yang mudah untuk kekal sihat dan ceria sewaktu bercuti.
#1-Makan Dengan Bijak
Makanan amat penting untuk mengganti tenaga yang habis anda gunakan sewaktu bercuti. Pilih gerai atau kedai yang bersih dan ramai pelanggan. Dapatkan nasihat orang tempatan di mana tempat makan yang sedap, murah dan selamat kerana anda tidak mahu menambah satu lagi aktiviti mengejut untuk esok hari iaitu lawatan ke tandas.
#2-Minum Air Secukupnya
Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan anda heat stroke dan pengsan. Minum air kosong mineral lebih dari biasa untuk memastikan badan anda sentiasa terhidrasi dari cuaca panas dan peluh. Pastikan anda sentiasa membawa sebotol air mineral kemana saja. Jangan minum air paip kerana tahap kebersihan yang diragui.
#3-Tidur Dan Rehat Secukupnya
Ketika bercuti, anda menggunakan badan lebih dari biasa seperti di rumah dan di pejabat. Anda akan berasa lebih letih apabila bercuti. Jadi dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya untuk memastikan tubuh kita sentiasa bertenaga. Tentu anda tidak mahu merakam gambar dan video kenangan anda dengan muka yang pucat dan lesu. Alat make up yang terbaik ialah tidur dan rehat yang secukupnya.
#4- Bawa Ubatan Anda
Adakah anda mengidap asma, diabetes atau mempunyai allergi? Jangan lupa bawa ubatan anda seperti inhaler, insulin dan pil anti alergi. Anda juga boleh bawa ubatan lain sebagai persediaan awal anda jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti penadol,plaster luka dan ubat sakit perut. Jika anda bercuti seorang,maklumkan kepada pemandu pelancong anda tentang kondisi anda atau anda boleh buat sekeping kada kecemasan tentang kondisi dan langkah yang perlu diambil ketika anda diserang penyakit anda. Pastikan kad kecemasan sentiasa disisi anda.
#5-KebersihanÂ
Pastikan tangan anda sentiasa bersih terutama sekali sebelum makan dan minum. Anda boleh gunakan hand santizer jika tiada air. Bawa tisu anda sendiri untuk kegunaan anda. Nasihat rakan anda yang demam agar menggunakan tisu ketika bersin dan sentiasa bersihkan tangan agar anda tidak berjangkit darinya.
#6-Penjagaan KulitÂ
Jangan lupa memakai sunblock atau suscreen jika anda merancang aktiviti yang terdedah lama dengan cahaya matahari. Anda tentu tidak mahu kulit anda terbakar atau mengelupas teruk. Jadi tak salah anda mengambil langkah pencegahan awal untuk memastikan anda sentiasa cun dan hensem.
#7-Rancang PerjalananÂ
Dengan merancang perjalanan, anda boleh merancang apa yang perlu dibawa. Contohnya aktiviti hari ini membeli-belah. jadi anda tidak perlu membawa barang yang berlebihan seperti pakaian mandi pantai, google dan kaki itik yang boleh memberi beban kepada badan dan menyerabutkan otak anda untuk membawanya ke sana sini. Simpan tenaga dan gunakan apabila perlu.
#8-Makanan TambahanÂ
Bagi anda yang mudah loya sewaktu di dalam kenderaan sama ada darat, laut atau udara, anda boleh bawa makanan yang boleh melawan loya anda seperti asam dan jeruk. Jika anda melalui perjalanan yang jauh, anda boleh bawa makanan ringan atau snek untuk mengisi perut anda sementara waktu.
#9-Vaksin Dan Ubat Pencegahan
Buat kajian tentang tempat percutian anda. Jika terdapat kes-kes kesihatan yang boleh dicegah awal, dapatkan nasihat doktor dan ubat pencegahan atau vaksin. ini dapat mengekalkan kesihatan kita semasa dan selepas bercuti. Percayalah, anda tidak mahu penyakit menjadi ‘souvenir’ anda selepas pulang bercuti nanti.
#10- Jangan Paksa Diri
Dapatkan rehat secukupnya, jangan lupa makan dan minum. Jangan terdedah kepada matahari terlalu lama. Jika penat, rehat. Anda tidak perlu melawat kesemua tempat perlancongan yang ada. Pilih tempat yang anda betul-betul minat. Anda bercuti untuk berehat dan berseronok. Jadi jangan paksa diri anda.
Jomlah Follow Kami Di Instagram