10 aktiviti menarik sewaktu percutian reunion

Hai Salam Sejahtera,

Rasanya sudah lama krew jomlahcuti tidak update bagi sesi artikel tips percutian. Kali ini krew jomlahcuti ingin berkongsi mengenai 10 aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang percutian pertemuan semula sama ada rakan-rakan lama,sekolah,tempat kerja atau seangkatan dengannya.

Percutian reunion bersama rakan-rakan yg sudah lama tidak berjumpa pasti akan lebih menarik jika dipenuhi dengan aktiviti menarik yg dilakukan bersama. Berikut adalah 10 senarai aktiviti yang akan meninggalkan memori indah ketika reunion bersama rakan-rakan anda.

 

1. Backpacking antara aktiviti reunion yang menarik dan semakin popular kebelakangan ini. Ia juga lebih murah dan fleksibel berbanding pakej percutian yang biasa. Anda boleh merancang bersama rakan berlainan dari setiap negeri yang tahu selok-belok negeri mereka sambil anda bayangkan anda salah seorang peserta explorace.

 

 

2. Anda tidak mahu berpanas dan berpeluh? Maka aktiviti sukan air seperti kayak, snorkling, banana boat dan jet ski sesuai dengan anda. Atau anda boleh melawat taman tema air yang menyediakan pelbagai permainan yang menyeronokkan dan yang paling penting, menyejukkan.

 

 

3. Ingin aktiviti yang lebih mencabar? Jungle trekking, paintball dan berbasikal antara aktiviti lasak yang seronok dan menarik untuk dilakukan bersama rakan anda. Selain dapat menyihatkan badan ia juga dapat merehatkan minda dengan menikmati pemandangan menarik. Jangan lupa lapik perut dahulu ye supaya tidak pengsan di tengah jalan.

 

 

4. Bagi anda yang gemarkan percutian yang santai dan damai, anda boleh memancing di lautan dalam atau di tepi sungai bersama rakan anda. Tiada apa yang lebih meriah dan asyik selain melihat dan menikmati hasil tangkapan anda yang segar dimasak atau dibakar bersama rakan anda.

 

 

5. Bon fire atau berkumpul di unggun api sesuai dibuat ketika malam setelah penat seharian dengan pelbagai aktiviti. Anda boleh menyanyi dan menari bersama rakan anda disekeliling unggun api. Atau anda boleh berkongsi pelbagai cerita dan memori menarik sepanjang perkenalan anda atau anda juga boleh bermain teka-teki. Tapi pastikan anda mendapat kebenaran dahulu ditakuti anda akan bercuti di balai polis pula kerana dikuatiri tidak kena pada tempatnya.Ia hanya sesuai sewaktu ada bercuti seperti atau camping di dalam hutan:)

 

6. Barbeku @ Barbeque adalah salah satu aktiviti wajib ketika reunion bersama rakan anda. Bersembang sambil menjamu makanan yang masih panas diselangi dengan gelak tawa yang meriah memang menyeronokkan. Selain barbeku, anda juga boleh merancang pot luck. Pelbagai juadah yang dibawa dan dikongsi bersama dapat mengeratkan lagi persahabatan anda.  Jangan anda bawa mee goreng dua ringgit sudah la ye.

7. Anda juga boleh menganjurkan sukaneka seperti kotak beracun, tarik tali, gula dalam tepung, lari ikat kaki dan sambut belon berair. Atau anda boleh anjurkan aktiviti berkumpulan seperti pertandingan menari poco-poco, bina istana pasir dan lain-lain. Pasti banyak keletah lucu yang dapat anda saksikan.

 

 

8. Gift exchange sesama rakan anda juga antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan. Anda perlu tetapkan kadar harga hadiah yang ingin ditukar. Untuk lebih menarik, sediakan kotak cabutan dan penerima hendaklah buka hadiah tersebut. Anda pasti terkejut melihat pelbagai hadiah yg diberi oleh rakan anda.

 

 

9. Prank rakan anda. Aktiviti ini agak merbahaya. Anda perlu pilih mangsa anda dan rancang komplot dengan rakan-rakan  anda yang lain untuk prank mangsa anda. Antara prank yang menarik seperti ikat tali kasut rakan anda, baling telur, jirus air sebaldi dan lain-lain bergantung pada tahap imaginasi kreatif anda. Tapi anda jangan terkejut pula melihat muka anda diconteng teruk apabila bangun tidur nanti. Selepas itu redakan kawan yang menjadi mangsa.Ingat ia perlu dilakukan dengan keadaan yang lucu dan bukan serius.Silap-silap cara boleh berlaku pergaduhan :)

 

 

10. Jika cuaca buruk anda boleh enjoy dengan indoor games seperti karom, saidina, dam aji dan daun terup sementara menanti cuaca kembali cerah. Atau anda boleh bermain permainan lain seperti ping-pong, snooker dan arked jika disediakan di tempat penginapan anda. Masa tak terbuang dan anda pun gembira.

 

 

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan mengikut kretiviti anda.Oleh itu itu sahaja buat kali ini.Semoga Tips ini dapat membantu anda bagi menceria dan memeriahkan lagi aktiviti reunion yang akan anda buat:)

Sekiranya anda ingin membuat aktiviti reunion dan tidak cukup masa untuk menguruskanya  maka kami di jomlahcuti.com bersedia membantu anda.Anda boleh menghubungi kami di talian 603-5510 8266 atau email kepada kami di sales@jomlahcuti.com.

Sekian,

Terima Kasih

Jumpa di artikel akan datang :)

Comments

No comments yet.

Post a comment?


− one = 6