Kalau katakan sekarang admin sebut tentang negara Jepun, apa yang terlintas di fikiran korang? Ok admin tau, mesti salah satunya bunga sakura kan. Terus terbayang keindahan bunga sakura yang menghiasi jalan kiri dan kanan. Bunganya mekar, berwarna merah jambu dan putih. Aduh cantiknya. Terasa macam nak selfie tak berhenti-henti kan. Atau bergilir tak habis2 dengan kawan travel dok bergambar tersenyum bawah pokok sakura. Sebenarnya bukan Jepun saja tau yang terkenal dengan bunga-bungaan ni, ada lagi negara Asia lain yang mempunyai lokasi menarik dengan bunga-bunga yang cantik. Tak semestinya sakura, tapi bunga jenis lain yang tak kurang menariknya jugak. Jom admin bagitau negara mana yang best untuk korang nikmati keindahan bunga-bunga ni. Kita mula dengan Jepun lah ye.
Jepun
Jepun ni memang terkenal dengan bunga iaitu bunga sakura selain attitude dan budayanya yang unik. Jepun dan bunga sakura ni dah memang macam aur dengan tebing, sebut Jepun terbayang sakura. Sebut sakura terbayang Jepun. Gitu lah kan. Mesti ramai yang setuju dengan admin kan. Antara bunga sakura yang terkenal ialah jenis Sameiyoshino. Bunganya ada 5 kelopak dan berwarna putih. Satu lagi yang popular jenis Kawazu Sakura, yang ini pulak berwarna merah jambu. Bayangkan langit biru, dipadankan dengan rimbunan bunga sakura merah jambu, wow, memang sangat perfect untuk bergambar. Cumanya sakura di Jepun hanya mekar sekitar bulan Mac dan awal April. Jadi, kalau sapa yang teringin nak tengok sakura memekar cantik, datanglah antara bulan berkenaan. Pasti meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan.
Korea
Sebut saja Korea, pasti ramai yang tak lupa keindahan alam dan juga keindahan musim salji yang dipaparkan dalam drama Winter Sonata kan. Selain musim salji, antara musim yang sangat indah kat Korea ni ialah musim Cherry Blossom. Musim bunga kat Korea ni memang sangat2 cantik dan menakjubkan. Cherry Blossom ni lebih kurang sama dengan bunga sakura kat Jepun. Kat Korea ni dorang panggil beot-kkok. Antara lokasi romantik untuk menyaksikan keindahan bunga Cherry Blossom yang mekar indah ni adalah di Pulau Nami. Sesuai untuk mereka yang bercadang untuk berbulan madu. Ok, untuk para isteri atau suami, admin dah bagi idea lokasi bulan madu dah ni. Boleh lah cepat2 catat sebagai satu wish list hehe.
China
Selain dua negara di atas, jangan tak tahu, China pun ada musim bunga sakura mengembang jugak tau. Musim bunga di China adalah musim yang paling dinanti2kan di sini. Bermula daripada pertengahan Mac iaitu selepas berakhir musim sejuk adalah satu tempoh yang sangat nyaman dan menyegarkan. Pada bulan April, putik putik bunga mula mengembang hampir serentak dan ini pastinya membawa kepada satu lagi keindahan alam yang sukar diungkap dengan kata-kata. Cuba imagine, cuaca sejuk nyaman, suasana redup dan menyegarkan, pokok-pokok bunga yang cantik, aduduhh..memang wow sangatlah. Best sangat perasaannya tu.
Thailand
Antara negara yang paling hampir dengan Malaysia. Thailand terkenal dengan pulau tapi tahukah korang selain pulau-pulau, Thailand ni jugak antara lokasi yang sesuai untuk mereka yang berjiwa alam lebih lebih lagi yang minat bunga. Tapi tu lah kan, kita jarang disajikan dengan keindahan bunga kat Thailand ni berbanding lokasi pulau dan tempat makan menarik yang dorang ada. Ok takpe,mai admin bagitau lokasi kat mana kita boleh tengok bunga yang best best jadi korang boleh lah lawat2 nanti. Sapa suka bunga matahari angkat tangan cikedd? Sapa yang tak minat pun admin sure pasti korang terpegun jugak kalau tengok ladang bunga matahari ni. Boleh datang ke ladang bunga Matahari Lopburi. Kiri kanan jalan dipenuhi bunga matahari, cantiknya la haii. Selain tu korang jugak boleh lawat The Bloom iaitu taman bunga terbesar di Thailand. Ada lebih 30 jenis bunga kat sini. Jom cepat, ajak cik abang cik akak, mak ayah bawak jalan2. Pasti happy tak terkata dorang tu nanti.
Vietnam
Vietnam selalu terkenal dengan bandar Ho Chi Min. Tapi kali ni admin nak sentuh satu tempat ni. Namanya Da Lat. Khas untuk pencinta bunga, tempat ni memang terbaik untuk korang. Bunga matahari yang besar gedabak warna kuning tu,mekar cantik di ladang yang sangat luas. Cuba bayangkan korang pulak dok tengah2 ladang bunga matahari tu, fuhh memang bestlah. Dan wajiblah bergambar ok. Sebab memang cantik sangat pemandangannya. Selain bunga matahari banyak lagi bunga2 cantik lain. Bunga hydrange yang putih keunguan mekar merimbun di ladang, bunga lavender yang berwarna ungu dan pelbagai lagi jenis bunga lain lagi yang pastinya membuatkan mata korang tidak terkelip-kelip memandangnya. Admin yang tengah dok taip ni pun dah terbayang satu2. Lagi satu bunga tulip pun ada jugak tau….Eh, apa? Bunga tulip?
Baca Lagi : 5 Tips Mudah Untuk Kumpul Duit Travel
Ya betul, bunga tulip di Vietnam. Tak ramai yang tahu. Kalau belum berkesempatan pergi Amsterdam lagi, takpe boleh tengok kat sini dulu. Lepas tu ada lagi admin nak bagitau ni, kat Vietnam pun ada sakura jugak tau. Walaupun tak banyak macam kat Jepun dan hanya ada kat kawasan utara dan tanah tinggi tapi kita tetap berpeluang tengok sakura depan mata. Haaaa kan, sapa sangka macam2 jenis bunga rupanya ada kat Vietnam ni. Seolah-olah pergi banyak negara padahal kat Vietnam je. Ibarat tengok lavender kat New Zealand, tengok tulip di Netherland, sakura di Jepun. Berbaloi sungguh rasanya. Best kan. Apalagi…jom, ajak mak ayah ke, kawan ke datang sini. Selalunya mak-mak dan ayah-ayah kita suka sangatlah percutian macam ni kan. Relaks, santai, tenang. Apakata, sesekali hadiahkan mak ayah pakej percutian untuk pergi rehat dan riadah kat tempat-tempat macam ni, pasti dorang happy dan seronok.
Sertai Komuniti Jomlahcuti Di Telegram : KLIK SINI