Percutian Taman Tema Air

Sebenarnya untuk merehatkan diri atau membawa anak-anak bercuti tidaklah memerlukan kos yang tinggi sehingga perlu membawa mereka ke luar negara. Percutian yang sempurna bukanlah percutian yang perlu dikeluarkan ribuan ringgit.Tapi cukup sebuah percutian yang dapat memberi keceriaan dan kebahgiaan kepada anda dan keluarga atau bersama mereka yang tersayang. Jadi kali ini krew jomlahcuti dot com ingin berkongsi idea percutian di taman tema air di Malaysia. Iaitu salah satu percutian yang mudah dan santai serta mampu pergi oleh kita sebagai rakyat Malaysia.

#1- Sunway Lagoon,Petaling Jaya,Selangor

\"\"

Ia adalah diantara taman tema paling popular di Malaysia. Taman tema ini pernah memenangi anugerah berganda yang dianjurkan oleh International Associate of Amuseum Park & Attraction (IAAPA). Satu kemestian untuk anda kesana.Anda boleh layari website rasmi mereka disini www.sunway.com.my/lagoon

#2-Bukit Gambang Water Park,Kuantan Pahang

\"\"

Kami tidak pasti bila tarikh sebenar bukit Gambang resort dibuka tapi apa yang pasti ia adalah diantara taman tema terbaru di Malaysia. Pasti cabaran permain tema air disini juga adalah terkini. Jadi anda patut rasainya sendiri. Anda boleh terus ke web bukit gambang water park disini www.bgrc.com.my .

#3-Lost World of Tambun,Sunway City,Ipoh,Perak

\"\"

Taman tema ini juga adalah salah sebuah taman tema terhebat di Malaysia. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini.Si kecil anda pasti menyukainya. Anda boleh layari website mereka di www.sunway.com.my

4#-Bukit Merah Lake Town Resort,Taiping,Perak.Malaysia

\"BUKIT-MERAH-LAKETOWN\"

Saya yakin nama Bukit Merah Lake Town Resort tidak lagi asing bagi kita lebih-lebih lagi orang di sebelah utara tanah air. Ia juga adalah salah satu taman tema air terhebat di Malaysia. Berdekatan dengan Lapangan Terbang Pulau Pinang memudahkan pengunjung untuk datang. Anda Boleh Layari website mereka di www.bukitmerahresort-taiping.com .

#5- A\’ Famosa Water World,Alor Gajah,Melaka

\"\"

Bagi mereka yang berdekatan dengan negeri bersejarah ini anda bolehlah mengunjung ke A Famosa Water World. Oh disini juga tidak kurang juga hebatnya. Selain bermain air banyak lagi aktiviti yang boleh dijalankan disini. Pihak A Famosa Resort telah menyediakan semua dalam satu untuk anda. Layari laman web mereka di www.afamosa.com .

Akan datang kami kongsikan lebih banyak lagi taman tema air dalam dan luar Malaysia.