Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Emergency Call (ICE) On Locked Screen Sewaktu Travel

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Sewaktu kita memulakan langkah pertama keluar dari rumah untuk menuju ke satu-satu destinasi yang kita sasarkan sama ada keluar becuti dalam negara mahu pun keluar negara hatta mahu ke tempat kerja sekalipun tiada siapa yang tahu perkara yang kurang baik akan menimpa kita pada bila-bila masa sepanjang kita berada di luar.

Sememangnya hal-hal begini kita tidak boleh menghalang namun kita boleh memudahkan orang sekeliling  yang ingin membantu kita sewaktu hal yang kurang baik itu menimpa kita di tempat kejadian . Salah satu cara adalah dengan set di Smartphone kita atau digelar sebagai Emergency Call (ICE) on Locked. Cara ini akan membantu orang sekililing untuk membantu anda dengan menghubungi waris terdekat walaupun phone anda lock ketat.

Di paparan utama skrin anda akan terpampang No. Waris jadi dengan ini akan memudahkan orang ramai menghubungi waris anda.

Dibawah kami kongsikan juga cara untuk membuat Emergency Call Locked Screen ini untuk beberapa jenama syarikat smart phone terpilih.

LENOVO

  1. Setting
  2. Security
  3. Onwer info (masukan no telefon emergency atau pewaris terdekat)

SAMSUNG

  1. Setting
  2. Device
  3. Owner Information (masukan no telefon emergency atau pewaris terdekat)

ASUS

  1. Setting
  2. Lock Screen
  3. Owner Info (masukan no telefon emergency atau pewaris terdekat)

XIOMI

  1. Setting
  2. Lock Screen
  3. Owner Info (masukan no telefon emergency atau pewaris terdekat)

Bila mana anda sudah buat setting ini maka no. yang telah anda tetapkan akan terpampang di screen utama.

Untuk pengguna Apple (iphone) user:

Set di “Health” app dan cipta medical ID

  1. Pilih Health app
  2. Emergency
  3. Medical ID (masukan no telefon emergency dan info berkaitan)

\"Emergency

Contoh paparan untuk pengguna Iphone

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Baca Lagi : Berkenaan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Ke Luar Negara