Sipadan Kapalai Dive Resort. Resort Paling Best Di Pulau Sipadan

Kalau Maldive terkenal dengan pelbagai ratusan pulau yang indah dan cantik dengan kebiruan dan kehijauan air laut yang jernih hingga ke dasar. Rasanya Malaysia juga tidak kurang hebatnya.

Jika anda berhasrat hanya untuk cuti di dalam negara namun mahu nampak seakan-akan maldive. Kalian boleh mencuba untuk stay di Sipadan Kapalai Dive Resort.

sipadan mabul island-4

Di resort ini anda tidak perlu risau berkenaan, makanan, dan fasilitis asas. Ini kerana walaupun resort ini di tengah laut segala kelengkapan yang disediakan amatlah selesa dan makanan juga amatlah sedap.

Mabul Water Bungalows Resort -3

Untuk pengetahuan anda, Kapalai ialah destinasi terkenal bagi peminat fotografi bawah air. Pulau kecil ini sebenarnya adalah beting pasir buatan yang menampilkan chalet mewah di atas air dengan pemandangan laut yang memukau.

Booking  Sipadan Kapalai Dive Resort Di Sini

Mabul Water Bungalows Resort -2

Selain itu, anda juga boleh menyelam di sekitar Mabul Water Bungalows Resort, sebuah resort mewah di Pulau Mabul yang menawarkan pengalaman menyelam di taman karang yang menakjubkan. Sama ada anda ingin menikmati pemandangan laut dari chalet atau meneroka sendiri keajaiban dunia bawah air, Kapalai sememangnya destinasi yang tidak boleh dilepaskan!

 

Mabul Water Bungalows Resort -1

Bagi penyelam, Sipadan Kapalai Dive Resort adalah syurga untuk meneroka hidupan laut makro yang unik. Lokasi selam di sini terkenal dengan pelbagai spesies kecil yang jarang ditemui di dunia. Destinasi ini sangat mesra untuk penyelam baru mahupun jurugambar profesional yang ingin merakam keindahan dunia bawah air. Korang kena datang ke sini walau sekali seumur hidup!

Baca : 7 Lokasi Main ATV Terbaik