Suka Buat Aktiviti Hutan? Ilmu Hutan Wajib Tahu Untuk Setiap Orang

Masuk ke hutan untuk melalukan aktiviti semakin hari semakin di terima ramai. Namun tak ramai yang tahu ilmu-ilmu hutan sekiranya berlaku hal yang tidak di ingin. Berikut kami kongsikan ilmu hutan yang penting untuk anda tahu.

1. Lumut taik kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala² benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa², bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah² bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. – belajar dari orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) – belajar dari askar.

Baca Lagi : Lokasi Terbaik Untuk Main ATV

4. Harimau. kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. – belajar dari orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.

6. Kepala air. Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu. – belajar dengan kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda² lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih² putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Lepas itu, akan ada daun hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang tengah². – belajar dengan askar.

Baca Lagi : 5 Tempat Menarik Di Selangor Yang Sesuai Untuk Percutian Cuti Sekolah

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. – belajar dengan orang asli.

10. Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. – ni belajar dengan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. – belajar dari pengalaman.