Jomlah Follow Kami Di Instagram
Taman Negara, yang nama asalnya adalah King George (V) National Park, adalah salah satu hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semula jadinya merupakan sesuatu yang luar biasa, menjadikannya salah satu daripada ekosistem dunia yang paling kaya dan kompleks. Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri.
Taman Negara Pahang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pelancong boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti Harimau, Tenuk, Gajah, Rusa, Babi Hutan, Pelanduk, dan Seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti Ikan Kelisa, Ikan Kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara.
Banyak aktiviti yang boleh pelancong lakukan di Taman Negara ini. Antaranya pelancong boleh meneroka kawasan hutan melalui denai yang disediakan, memerhati haiwan liar dari pondok pemerhatian yang telah dibina khas, menaiki sampan dari Kuala Tahan ke Sungai Tembeling dan memancing. Bagi pelancong yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar, pelancong boleh mendaki Gunung Tahan atau mencuba aktiviti whitewater rafting dan menakluk arus sungai Tembeling dengan berkayak.
Selain kaya dengan hidupan semulajadi flora dan fauna, taman Negara juga menjadi tempat tinggal masyarakat Orang Asli negeri Pahang. Pelancong boleh melawat perkampungan mereka dan melihat cara hidup penduduk setempat. Di situ pelancong berkesempatan belajar menyumpit atau membuat kraftangan tradisional masyarakat Orang Asli. Kemudian pelancong boleh meneroka beberapa buah gua batu kapur yang terdapat di situ. Antaranya adalah Gua Peningat, Gua Telinga dan Gua Daun Menari. Taman Negara adalah destinasi tepat sekiranya pelancong mahukan percutian yang indah sambil menikmati nikmat ciptaan Yang Maha Esa.
Jom Sertai Trip Jomlahcuti Ke Taman Negara-Klik Sini
Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah berakit di sungai dan berjalan di dalam hutan. Berjalan di bawah kanopi hutan, memberikan pemandangan jarak dekat aktiviti di dalam hutan hujan. Tempat memerhati haiwan liar juga dilakukan di dalam pondok yang dibina tinggi dari atas tanah, membolehkan pelawat bermalam untuk memerhatikan haiwan dalam habitat semula jadi mereka. Eksplorasi gua juga tersedia, sama ada dengan menaiki bot atau berjalan kaki. Taman Negara adalah tempat perlindungan bagi kebanyakkan bunga-bunga dan haiwan-haiwan yang luarbiasa. Tambahan lagi, di sini pelancong boleh menghayati sungai-sungai kecil yang cantik, air terjun dan gua-gua yang indah. Ada beberapa tempat memancing yang terkenal di taman ini dan para penggemar memancing memenuhi Sungai Tahan berdekatan Lata Berkah dan Sungai Kenyam pada bulan Februari, Mac, Julai dan Ogos.
Selain itu, Jalan kanopi menawarkan pelawat pemandangan hutan yang hebat, terutama sekali spesis tumbuhan dan haiwan yang didapati diatas permukaan kehijauan tumbuhan. Gunung Tahan, gunung yang tertinggi sekali di semenanjung tanah melayu, berdiri megah di taman ini. Memanjat di gunung ini memberi cabaran kepada kekuatan fizikal dan keupayaan mental seseorang  yang melakukannya. Pendakian sepanjang 55 kilometer ke puncak gunung ( satu ketinggian 2,187 meter ) dengan berjalan kaki memerlukan anggaran selama sehari. Bantuan-bantuan boleh didapati dari Orang Asli yang akan menjadi pemandu bagi pelancong-pelancong yang mendaki gunung.
Baca : 10 Gua Popular Di Malaysia Yang Boleh Anda Terokai
Di Kuala Tahan, pelancong boleh menjumpai laluan kanopi, Gua Telinga dan Lata Berkoh. Pelancong boleh menikmati keindahan hutan Hujan tropika yang dihiasi kicauan burung, hutan yang serba menghijau dan pemandangan di Sungai Tahan. Namun pelancong diingatan supaya mendapatkan kebenaran atau permit daripda Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Pahang sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara.
Pelancong juga ditawarkan untuk mencuba pengalaman baru seperti pergi ke tempat-tempat berikut :
Tempat Perlindungan Gajah Kuala Gandah
Tempat perlindungan gajah Kuala Gandah memberi peluang yang menarik untuk mendekati gajah Malaysia. pelancong boleh menunggang dan memberi makan gajah-gajah tersebut serta mandi bersama mereka.
Taman Rimba Kenong
Taman Rimba Kenong terletak di sebelah barat daya Taman Negara. Di kawasan taman ini terdapat gua batu kapur yang sangat hebat. Penjelajahan gua ialah satu aktiviti sukan yang popular. pelancong juga boleh menyusur di sepanjang Sungai Kenong untuk menikmati pemandangan yang menarik di sini.
Jeram Besu
Jeram Besu ialah antara lokasi terbaik untuk aktiviti redah jeram di negara ini. Ianya juga menawarkan aktiviti pengembaraan sungai serta penjelajahan gua dan abseiling.
Terdapat tarikan alam semula jadi serta pengembaraan lain di negeri Pahang seperti Taman Pertanian (Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Semuji Agro Resort, Tekam Plantation Resort), Air Terjun (Air Terjun Chamang, Air Terjun Sungai Pandan), Tasik (Tasik Chini, Tasik Bera, Empang Jaleh), Taman Semulajadi (Taman Gunung Tapis, Pusat Pelindungan Liar Krau), Gua (Gua Charas, Gua Gunung Senyum) dan Taman Haiwan (Pusat Pembiakan Seladang & Rusa Jenderak).
Â
Jom Sertai Trip Jomlahcuti Ke Taman Negara-Klik Sini
Sumber Foto : nodave9000, Martin, Marc Reynier, triplike1do