5 Perkara Ini Yang Wajib Anda Buat Bila Sampai Ke Langkawi

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Bila dah jejak kaki di Pulau lagkawi ada perkara yang wajib kebanyakan pengunjung yang dah sampai di sini lakukan. Ada dikalangan mereka berpendapat kalau tak buat maka anda sebenarnya masih belum jejak  lagi di bumi Langkawi atau bahasa mudahnya tak buat maka tak sah lah. Ok tanpa membuang masa lagi, jom layan apa yang wajib anda buat bila mana kaki telah berpijak di Pulau Langkawi.

#1- Bergambar Di Dataran Lang

Sesi bergambar di dataran Lang ini membuktikan anda telah sampai di pulau lagenda ini. Satu-satunya Helang yang paling besar di dunia yang tidak boleh terbang hanya berada di Langkawi. Dengan pelaburan melebihi RM1 juta ,tugu burung Helang ini menjadi salah satu tempat wajib untuk sesi bergambar ketika mengunjung ke Pulau Langkawi. Dataran Lang ini terletak bersebelahan dari Jeti Pelancongan Pekan Kuah dan disini juga anda mampu menjumpai pokok kelapa berbentuk huruf “Y” di jalan masuk dari jalan raya. Di dataran Lang ini., anda juga boleh mendapatkan buah tangan untuk orang yang tersayang atau rakan-rakan anda.

\"tempat

 

#2-Aktiviti Pulau

Salah satu aktiviti paling popular di langkawi adalah “Island Hoping” iaitu aktiviti lawatan ke Tasik Dayang Bunting, lawatan ke Pulau Beras Basah dan melawat sambil memberi makan  si Helang. Aktiviti ini memakan masa sehingga 4 jam dan terdapat dua sesi pagi dan petang. Kos aktiviti ini dari RM35/dewasa dan jika anda datang bersama keluarga melebihi dari 8 orang, anda boleh mengambil “private Boat” dengan kos sekitar RM250-RM350 untuk sebuah boat maksimum 8  orang.

\"tempat

#3- Cable Car

Terletak di Gunung yang kedua tertinggi di Langkawi iaitu Gunung Mat Cincang. Lagi menarik jika anda mengetahui bagaimana gunung ini dinamakan Gunung Mat Cincang.Harga tiket bagi rakyat tempatan iaitu RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Namun ada potongan bagi mereka yang menonjolkan kad pengenalan bagi rakyat tempatan. Cable car ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Tidak lengkap sekiranya anda bertandang ke Langkawi tanpa menaiki kereta kabel ini. Berikut adalah info bagi yang berhasrat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut www.panoramalangkawi.com

\"tempat

#4- Membeli-belah

Membeli belah amat sinonim dengan Pulau Langkawi, tidak hairan jika banyak rombongan “Cik Kiah” ke Pulau Lagenda ini. Mana tidaknya, di Pulau Langkawi ini anda boleh memborong pelbagai jenis dan jenama coklat serata dunia untuk pelbagai majlis dan kegunaan lain. Jika anda maklumkan kepada rakan terdekat atau ahli keluarga yang anda akan ke Pulau Langkawi, sudah tentu ayat pertama yang dikeluarkan adalah “Nak Coklat”. Selain coklat Langkawi juga terkenal dengan pusat membeli-belah untuk barang keperluan rumah seperti barangan dapur, perhiasan rumah dan semua ini anda boleh dapati di Gedung Idaman Suri dan beberapa lagi gedung yang popular lain yang terletak di Pekan Kuah. Tidak Percaya? Silalah ke idaman Suri, sudah semestinya tidak cukup masa dan tangan memilih pinggan mangkuk. Oh ya kaum bapa boleh minum-minum dulu di kedai yang berdekatan 🙂

\"tempat

#5- Beriadah Di Pantai Chenang

Bermandi-manda di Pantai Chenang adalah salah satu perkara wajib yang perlu dilakukan jika bertandang ke Pulau Langkawi. Selain itu, pemandangan matahari terbenam juga amat cantik dan romantik bagi pasangan yang berbulan madu. Di Pantai Chenang juga anda boleh melakukan aktiviti Parasailing, Jetski, Banan Boat Ride dan banyak lagi disamping menikmati pemandangan yang indah. Selalunya pasangan akan berjalan-jalan ketika sunset dan melihat telatah pengunjung lain yang melakukan aktiviti di Pantai Chenang. Jika anda bersama keluarga, bawalah mereka ke Pantai Chenang kerana anda boleh melakukan aktiviti yang boleh merapatkan ruang kekeluargaan di samping bermandi-manda bersama orang tersayang.

\"tempat

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jom Baca Lagi : 7 Pulau Yang Cantik Tapi Tak Popular Yang Terdapat Di Sabah

Sumber Foto : Jim Boud, Moin Uddin, Georg Chen, Leone Fabre, Joe