Perhatian semua kaki travel ke Thailand!
Bermula 1 Mei 2025, semua pelancong yang ingin masuk ke Thailand perlu mengisi Thailand Digital Arrival Card (TDAC) 3 hari sebelum ketibaan mereka — sama ada melalui jalan darat atau udara.
Ya, termasuk yang naik van ke Hatyai, kereta sendiri, atau flight ke Krabi/Phuket/Bangkok — semua kena isi.
Apa Itu Thailand Digital Arrival Card?
TDAC ini adalah sistem pra-pengisian maklumat pelancong secara online yang diperkenalkan oleh kerajaan Thailand untuk melancarkan urusan imigresen.
👉 Ia menggantikan kad ketibaan fizikal yang biasa kita isi dalam flight sebelum ini.
Waktu & Cara Isi?
✅ Bila nak isi?
Sekurang-kurangnya 3 hari sebelum masuk ke Thailand.
✅ Di mana nak isi?
Link rasmi akan disediakan oleh pihak imigresen Thailand (pastikan isi di laman sah, bukan scam!)
Apa Akan Jadi Kalau Tak Isi?
❌ Tak boleh masuk Thailand on the spot.
❌ Anda mungkin akan tersangkut di border dan diminta tunggu atau berpatah balik.
Checklist Baru Sebelum Masuk Thailand
✔️ Passport
✔️ Tiket / Itinerary
✔️ Thailand Digital Arrival Card (isi awal)
✔️ Booking penginapan
✔️ Insurans (jika perlu)
✔️ Duit baht & simkad roaming
Baca Lagi : 14 Tempat Wajib Di Kunjung Di Hatyai & Songkla
Tips Tambahan:
📱 Screenshot atau simpan salinan digital selepas isi form — lebih mudah bila diminta tunjuk di border.
👨👩👧 Kalau travel dalam group, pastikan semua ahli isi — termasuk anak-anak.
Jangan jadikan trip best anda bertukar jadi drama sempadan. Plan smart, travel smooth! 🇹🇭✈️