Jomlah Follow Kami Di INSTAGRAMÂ & FACEBOOK
Di Malaysia semakin hari aktiviti adventure atau aktiviti outdoor semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.Ada saja kumpulan atau kominiti baru yang ditubuhkan dengan dasar minat bagi menjalankan apa saja aktiviti dalam hutan seperti hiking, camping, memancing, 4×4, bird whatching dan pelbagai lagi.
Artikel kali ini kami ingin kongsikan semula beberapa tips yang diberi tajuk \’Ilmu Hutan\’ yang viral di media social yang kami sendiri tidak tahu siapa penulis asal info ini. Walau begitu kami percaya info berguna ini sangat bermanfaat dan wajib untuk siapa saja yang tahu sebelum masuk ke hutan. Dikatakan juga penulis asal artikel ini mempelajarinya \’Ilmu Hutan\’ ini melalui kawannya iaitu penduduk orang asli, askar & kaki pancing.
Tips #1- Lumut Taik Kera
Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat berhampiran dengan air terjun atau sungai, bila kita jalan waktu gelap kita akan dapat perhatikan ada benda-benda bercahaya warna hijau. Benda yang bercahaya itulah yang diberi nama lumut taik kera. Bila siang lumut ini memang tidak akan kelihatan apa-apa tapi bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sikit bantuan cayaha dari bulan atau bintang. Paling menariknya lumut ini hanya tumbuh di denai iaitu laluan binatang atau orang sahaja. Jadi bila mana anda tersesat ikut saja laluan ini diwaktu malam. Kemungkinan untuk melanggar pokok sangat rendah.
Tips #2- Ular Tedung
Bila terserempak dengan ular tedung sewaktu dalam hutan elakan melakukan gerakan terkejut. Berhenti dan undur kebelakang perlahan-lahan. Ular tedung tidak akan mematuk bila kepada dia tengah kembang penuh sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh. Oleh itu, sekiranya dah terlalu hampir dengan ular tedung cuba buat gerakan acah-acah dengan ranting ranting kayu agar kepala ular tedung itu kembang penuh sambil berundur perlahan-lahan. (tips dari kawan orang asli)
Tips #3- Kera/Lutong atau spesis monyet yang sama.
Specis kera memang tidak akan lari bila kita libas dengan sebatang ranting katu malah dia akan lebih lincah dari gerakan ranting kita itu. Untuk halau kera patahkan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan ke kera tesebut. Kera tersebut akan lari kerana secara logiknya ranting & daun yang kembang itu kelihatan oleh kera lagi besar berbanding sebatang ranting. (Tips Dari kawan askar)
Tips #4- Harimau & Beruang
Kala memancing di dalam hutan, sedang dalam hutan itu bunyi penuh dengan unggas serangga, sekiranya tiba-tiba hutan itu jadi sunyi sepi kebiasaanya ada haiwan sedang menghendap terutamanya binatang jenis pemburu seperti pelbagai jenis spesis harimau. Selepas hutan jadi sepi kemudian disusuli dengan bau hamis, berkemungkinan besar itu memang harimau. Untuk menakutkan hencik harimau adalah dengan bunyi letupan. Jadi standby untuk letupkan satu mercun bola. ( tips dari kawan orang asli)
Tips #5- Beruang Madu
Hutan paya di Malaysia memang banyak jenis beruang madu. Bentuk fizikalnya bewarna gelap dan ada corak oren/coklat di dada. Kalau terserempak, Kita perlu menjerit sekuat hati dan buat-buat seperti nak kejar. Beruang tersebut akan cepat angkat kaki untuk larikan diri. (tips kawan orang asli)
Tips #6- Kepala Air
Jika menaikan khemah di tepi sungai elakan bangunkan khemah di tepi air tetapi bangunkanlah khemah di kawasan/bahagian yang mempunyai pokok besar. Tandakan satu batu yang besar berhampiran sungai. Kalau tengah malam batu itu tidak kelihatan bermakna air sungai tengah naik maka perlu berhati-hati. (tips kawan kaki pancing)
Tips #7- Tanda-Tanda Awal Kepala Air
Sekiranya hujan di hulu kebiasaannya akan ada kepala air. Jangkaan biasa air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit. Tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih di tempat tak berbuih. Yang dimaksudkan berbuih bukanlah ditempat air jatuh tetapi di tempat air mengalir biasa. Jika tiba-tiba ada buih-buih halus timbul itu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas dan akan ada daun basah hanyut beserta perubahan warna air sungai dari jenih ke warna oren dan akan terus berubah warna coklat. Kebiasaan segala tanda ini berlaku sekitar lima ke enam minit sebelum arus besar datang (kepala air) . Tanda lain juga untuk tahu kedatangan kepala air adalah bunyi air lebih kuat dari biasa yang mana dari jauh lagi dah boleh didengari
Tips #8- Cara Ambil Air Untuk Minum/masak
Jangan ambil air di tepi sungai tetapi ambilah air di tengah-tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya tikus, rusa, kancil, babi dan pelbagai lagi jenis binatang akan kencing di tepi sungai. Arus akan menolak air kencing itu ke tebing sungai. Jadi untuk mengelakan keracunan atau air kotor maka ambillah air di bahagian tengah sungai. (tips dari kawan askar)
Tips #9- Haiwan Bersaiz Besar
Spesis kera & monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya seperti harimau, gajah, badak dan seladang. Kalau dari jauh terdengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. (Tips dari kawan orang asli)
Tips #10- Makan Makanan Yang Dimasak.
Jika makan seperti ikan bakar semasa di hutan pastikan makan sampai habis dan hanyutkan atau tanam lebihan makanan kerana jika kita tidak buat demikiania akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. (Tips dari kawan kaki pancing)
Tips #11- Bunyi Bising Dalam Hutan
Bunyi bising dalam hutan adalah petanda yang bagus seperti bunyi unggas di waktu malam berbanding hutan yang sunyi sepi. Tanda hutan sunyi sepi berkemungkinan ada apa-apa yang tidak kena. (tips kawan orang asli)
Kredit : Harry Ford
Jomlah Follow Kami Di INSTAGRAMÂ & FACEBOOK
Baca Lagi : 7 Aktiviti Ekstrem Yang Boleh Anda Cuba Di Hujung MingguÂ
Sumber Foto : Margaux Plovier , Bill Dickinson, MIGUEL & VICKY