Templer Park RainForest Retreat Menjanjikan Ketenangan Bersama Alam Hijau

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Sesekali pasti kita akan merasa penat dan letih dalam urusan kerja harian. Ditambah pula dengan kesesakan pulang pergi kerja di ibu kota pastinya menambahkan lagi tekanan dalam menjalani kehidupan harian.

Bila mana penat berkerja maka perlu juga kita merehatkan badan dan bercuti untuk memberi ruang dan peluang badan dan fikiran tenang seketika. Mahu lagi percutian tersebut bersama orang-orang yang kita sayang pasti penuh makna kerana mampu untuk menambahkan lagi keakraban antara satu dan lain. Selain percutian pantai atau percutian pulau. Percutian bersumberkan alam kehijauan juga tidak pernah mengecewakan.

Antara percutian kehijauan yang ingin kami kongsikan kali ini adalah berlokasi di Templer Park Rainforest Retreat. Berita menariknya lokasi percutian kali ini hanya 30 minit dari kota besar Kuala Lumpur dan ini membolehkan anda pergi pada hujung minggu tanpa perlu mengambil cuti panjang.

Pemandangan yang serba hijau ini sebenarnya adalah pemandangan dari Hutan Simpan Kanching dan anda akan disajikan dengan pemandangan indah menghadap ke Bukit Takun, Tasik dan juga padang golf yang cantik.

Selain merehatkan badan anda juga boleh menjalankan aktiviti bersama orang tersayang seperti mandi manda di kolam dengan rekaan unik berserta jet spa dan untuk sebelah malam pihak resort juga menyediakan tempat khas BBQ dan anda boleh menggunakannya tempat tersebut dengan sebaik mungkin untuk memenuhkan aktiviti bersama.

Berikut adalah serba sedikit maklumat mengenai  Templer Park RainForest Retreat

Alamat :24, Jalan 3/2, Templer heights, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia.

Person incharge : +6012 220 5033

Jom layan gambar Templer Park Rainforest :

\"jomlahcuti

Sudut Pandang Dari Jauh Templer Park RainForest

\"jomlahcuti

Panorama Indah

\"jomlahcuti

Lagi panorama depan bilik

\"jomlahcuti

Bilik yang menghadap alam semulajadi

\"jomlahcuti

Suasana Sekeliling

\"jomlahcuti

Macam tak percaya hanya 30 minit dari KL

\"jomlahcuti

Jenis Bilik Untuk Bekerluarga

\"jomlahcuti

Tidur Bertemankan Alam

\"jomlahcuti

Lagi ruang bilik dari sudut berbeza

\"jomlahcuti

Lagi jenis bilik keluarga

\"jomlahcuti

Mandi kolam juga bertemankan alam yang segar

\"jomlahcuti

Lagi kawasan kolam mandi

\"jomlahcuti

Suasana kolam mandi pada waktu senja

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jomlah baca lagi : 5 Resort Atas Air Yang popular Untuk Bulan Madu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *