Fenomena Alam Yang Membawa Anda Seolah-olah Seperti Di Pergunungan Salji

Jomlah Follow Kami Di INSTAGRAM & FACEBOOK

Melihat pada gambar yang air yang kebiruan dan pandangan yang serba putih seperti salji pasti anda menyangka kawasan ini terletak di kawasan pergunungan salji atau kawasan yang beriklim sejuk. Namun sebenarnya ini bukan di Amerika, Eropah, Austalia mahupun di New Zealand. Lokasi tempat ini hanya di negara jiran kita iaitu Indonesia.

Baru-baru ini masyarakat Kepulauan Bangka (sebuah tempat di Indonsia) telah digemparkan dengan penemuan baru kawasan pelancongan yang unik yang mana dikatakan terjadi dengan fenomena alam. Lokasi yang dimaksudkan adalah di Tasik Air Bera iaitu terletak di Kabupaten Bangka Selatan iaitu sebuah lokasi yang pernah menjadi tapak carian kaolin. Tasik yang dikelilingi bukit mencapai ketinggian 30 meter ini dikatakan mempunyai keunikan kerana airnya berubah menjadi kebiruan.

Tempat ini masih tidak ramai pengunjung jadi bagi siapa yang datang berkunjung dengan senang hati anda boleh menikamati keindahan yang dikatakan \”Danau Salji\” ini tanpa ganguan. Sebetulnya tempat ini belum dianggap sebagai tempat pelancongan oleh pihak sepatutnya ini kerana papan tanda larangan di kawasan-kawasan bahaya belum lagi diletakan. Ada kawasan yang amat bahaya terutamanya sekali  di tebing tinggi yang mana tebingnya mudah runtuh kerana kebanyakannya dinding tebing ini adalah jenis pasir yang mudah jatuh bila mana dipijak.

Jom Kita Layan Gambar dibawah :-

\"Fenomena

\"Fenomena

Wah.. Cantikan..

\"Fenomena

\"Fenomena

Pandangan Dari Sudut Berbeza

\"Fenomena

Birunya air dia..

\"Fenomena

Ini pasir halus dan bukan salji

\"Fenomena

 

Jomlah Baca Lagi : Misteri Danau Kaco Yang Sangat Indah

Jomlah Follow Kami Di INSTAGRAM & FACEBOOK

Sumber Imej : Prima H.Suntiyono

 

2 thoughts on “Fenomena Alam Yang Membawa Anda Seolah-olah Seperti Di Pergunungan Salji”

  1. Pingback: Sky Miror Di Kuala Selangor | Pulau Malaysia | Destinasi Malaysia | Hotel Malaysia | Theme Park Malaysia

  2. Pingback: Panorama Sky Miror Kini Hanya Di Kuala Selangor - Jomlahcuti- Tips Percutian & Pakej Percutian Bajet

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *