4 Aktiviti Riadah Santai Ini Mampu Menurunkan Berat Banda Tanda Disedari

Obesiti merupakan penyebab utama diabetis, serangan jantung, darah tinggi dah seangkatan dengannya. Pada tahun 2000 terdapat seramai 3 juta rakyat Malaysia yang menghidap obesiti. Mengurangkan berat badan adalah sesuatu perkara yang amat sukar dilakukan kecuali dengan disiplin yang tinggi. Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan berat badan, tetapi pucuk pangkalnya diri kita sendiri.

Walaupun kita bnyak melakukan senaman, pergi ke gym tapi kalau kita tidak mengawal pemakanan tiada gunanya kita melakukan semua itu. Di sini admin nak kongsikan aktiviti atau riadah santai namun mampu menurunkan berat badan tanpa kita sedari.

 

1.Roller Blade (kasut Roda)

 

Sukan kasut roda telah lama wujud sejak 20 tahun lalu cuma sejak kebelakangan ini aktiviti ini kembali hidup di beberapa kawasan terutama kawasan lapang seperti dataran. Pada asalnya aktiviti berkasut roda ini kembali hidup di hadapan masjid putrajaya, dimana terdapat beberapa peniaga yang menyewakan kasut roda pelbagai saiz kepada orang ramai dek kerana harga kasut roda yang mahal dan tidak berbaloi untuk dibeli oleh mereka yang masih bertatih menggunakan kasut roda.

Tahukah anda bahawa aktiviti ini boleh mengurangkan berat badan tanpa kita sedari.  Ini kerana jika kita pandai bermain kaut roda tentu seronok ke hulu ke hilir menggunakan kasut roda. Apa yang lebih penting tanpa kita sedari aktiviti ini menggunakan tenaga yang banyak untuk pergerakan secara tidak mampu membakar kalari yang banyak.

2. Menari

 

Menari merupakn aktiviti yang biasa dilakukan bagi menurunkan berat badan. Tapi tidak semua orang boleh menari, setakat poco-poco tu bole la. Kepada bagi mereka yang berminat untuk menari tetapi di batasi dengan berat badan belebihan mungkin boleh ketepikan “mind set” tu sebab siapa kata orang yang berisi tidak boleh menari. Lihat video ni

Tapi ingat, ape pun yang berlaku, pemakanan merupakan penyebab utama obesiti. Jadi menarilah sambil menjaga pemakanan anda.

3.Trampoline

 

Bagi mereka yang ada “trampoline“ di rumah rajin-rajinkanlah manfaatkan sepenuhnya  tapi bagi mereka yang tiada admin nak kongsikan tempat trampoline yang menarik iaitu di JumpStreet, Petaling Jaya. Di JumpStreet terdapat “Trampoline Park” yang sesuai untuk anda mengisi masa di hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Apa yang menariknya anda boleh melompat terbang bebas dari satu tempat ke tempat yang lain. Lompatan yang tinggi pastinya anda merasakan seperti terbang di udara.

Baca Lagi : Perkhemahan Paling Menakutkan Di Dunia

Apa yang admin nak tekankan di sini lompatan yang tinggi menggunakan tenaga yang banyak di mana peluh dihasilkan. Dalam kita mengamati keseronokan berterbangan di udara kita tidak sedar bahawa kita sedang bersenam. Menggerakkan otot badan dengan keseronokan membuatkan kita lupa akan penat atau pon kemalasan untuk bersenam. Untuk maklumat lanjut tentang Jumpstreet Trampoline Park boleh klik di sini.

4. Mendaki (hiking)

 

Kepada hikers di luar sana pastinya aktiviti ini sudah sebati dengan mereka. Tapi  bagi mereka yang tidak pernah mencuba pastinya akan jatuh cinta dengan keseronokan yang akan di perolehi. Aktiviti ini adalah yang paling “extreme” tapi hasilnya menakjubkan. Ini kerana penat lelah kita mendaki dibayar dengan suasana dan pemandangan yang pastinya memukau penglihatakan ketika berada di puncak. Hiking bukan saja dapat mengisi masa lapang tetapi menguji tahap ketahanan fizikal dan mental seseorang. Bagi mereka yang agak berisi amat sesuai melakukan aktiviti hiking. Bukit Broga merupakan antara tempat hiking bagi newbie yang baru berjinak-jinak dengan hiking. Apa yang menarik di Bukit Broga anda dapat lihat matahari terbit dari celah2 gunung yang berhampiran di samping merasai suasana yang dingin di atas bukit

Baca Lagi : Fakta Menarik Mengenai Askar Gurkha

Suka admin nak ingatkan untuk menguruskan badan bukanlah sesuatu perkara yang muadh. Disiplin yang tinggi amat diperlukan. Oleh itu, kita perlulah menjaga diet pemakanan yang betul dan melakukan aktiviti senaman bagi membantu mempercepatkan proses memecah lemak. Bagi merekan yang bosan akan aktiviti senaman yang biasa boleh la menuba aktiviti yang admin kemukakan ini. Akhir kata selamat mencuba.

 

Suka dengan artikel ini? Kongsikan pada rakan & sertai komuniti jomlahcuti di telegram : KLIK SINI