5 Pasir Pantai Hitam Yang Popular Terdapat Di Dunia. Lihat No.3 Ia Terletak Di Malaysia.

Sebut pantai apa yang terbayang adalah deruan ombak, pasir keemasan dan tiupan angin yang mengasikan buat otak relax & santai. Jarang-jarang bila sebut pantai terbayang pasir pantai yang bewarna hitam kan? Ini kami senaraikan beberapa persisiran pantai pasir bewarna hitam yang unik di seluruh dunia.

1.Pantai Lovina, Bali

 

Sekiranya dari pekan utama Bali iaitu Kuta ia mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk sampai di Pantai Lovina ini bermakna jika anda ulang alik perjalanan lebih kurang 5 jam dan belum masuk lagi untuk anda spend time disini. Boleh dikatakan agak sedikit jauh. Namun kami pasti perjalanan ini pasti berbaloi kerana Suasana pantai ini memang terkenal dengan lokasi romantik terutamanya buat mereka yang baru berkahwin.

2.Pantai Santo Domingo, Filipina

 

Di Filipina memang mereka terkenal dengan lokasi pasir pantai hitam. Santo Doming adalah salah satu lokasi pantai pasir hitam yang terdapat disana. Ramai pelancong memberi pandangan bahawa lokasi pantai pasir hitam Santo Doming ini adalah antara lokasi yang paling terbaik di Filipina.

3. Pantai Pasir Hitam, Langkawi

Mungkin ramai yang tak tahu kan? Di Malaysia juga terdapat pantai pasir hitam. Lokasi ini terletak di Langkawi. Sekiranya dari Pekan Kuah ia mengambil masa lebih kurang 24 minit dan manakalah sekiranya dari Pantai Cenang ia mengambil masa lebih kurang 34 minit. Suasana disini tidaklah seperti Cenang yang total happening namun semua kemudahan seperti kedai makan, barangan cenderahati dan lain-lain fasilitis tetap ada disini.

4.Oneuli Beach, Maui

 

Lokasi ini tersenarai sebagai lokasi pantai pasir hitam top di dunia. Ia teletak di Maui. Walaupun persisiran pantai yang gelap & legam namun lokasi ini terkenal dengan aktiviti snorkeling & diving.

5. Reynisfjara Beach, Iceland

 

Sebenarnya keindahan pantai ini sudah menjadi lokasi pengembaran banyak filem dan antara filem yang popular baru ini adalah pengembaraan filem Diwale. Boleh dikatakan dalam 5 lokasi pantai pasir hitam ini adalah lokasi paling idaman rakyat Malaysia. Oh..

Baca Lagi :Percutian Bunga Yang Mengasikan Di 5 Negara Asia

 

 

Sumber Image : 2ForTheRoad, gotravel1.blogspot.my, Jenni Alexander