5 Tempat Menarik Di Selangor Yang Sesuai Untuk Percutian Sewaktu Cuti Sekolah.

Cuti sekolah dah hampir tiba, mesti ramai yang sedang merancang percutian bersama keluarga tercinta hujung tahun ni kan. Kemana pula perancangan percutian anda sekeluarga tahun ni ? Apa kata untuk tahun ni cuba buat kelainan dari tahun-tahun sebelum ni. Kalau tahun-tahun sebelum ni nak pergi bercuti mesti ke negeri lain, Perak, Terengganu, Kelantan, Johor. Apa kata untuk tahun ni cuba bercuti di negeri sendiri iaitu di Selangor. Banyak tempat-tempat percutian menarik yang ada di Selangor ni, cuma kita jer yang taknak explore. Okay kali ni admin nak share sikit antara tempat-tempat yang menarik di Selangor yang boleh dimasukkan dalam senarai destinasi percutian anda bersama keluarga untuk cuti sekolah hujung tahun ni.

1 . Tadom Hill Resort Banting

Sekali sekala bercuti dalam suasana kampung apa salahnya kan. Bukan selalu dapat tidur dalam rumah atau chalet yang diperbuat daripada buluh ni. Lebih-lebih lagi negara sekarang dah maju, susah dah nak jumpa rumah daripada buluh, semuanya diperbuat daripada batu bata. Dari kecil lah kita kena ajar anak-anak untuk mengenali rumah-rumah yang popular pada tahun-tahun sebelum mereka iaitu rumah buluh. Bukan setakat tempat tidur daripada buluh, malahan bilik mandi juga semuanya diperbuat daripada buluh. Selain chalet, terdapat juga tempat tidur di dalam buaian atau dipanggil hammock untuk pelancong yang teringin untuk tidur di dalam hammock. Di tadom Hill Resort ini juga ada tasek yang boleh untuk berendam atau bermandi manda. Tasek dia memang sangat dalam dan anda akan disediakan jaket keselamatan atau pelampung sebelum masuk. Andai anda risau takut anda lemas, jangan risau, di sana juga ada safe guard atau penyelamat yang akan memantau aktiviti anda. Boleh lah cuba bawa keluarga anda ke sini.

Booking Now

Lokasi : Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor, Malaysia

2 . Farm In The City

Ada setengah orang beranggapan kalau pergi bercuti kena pergi macam tempat taman tema macam tu jer, tapi ada baiknya kalau pergi bercuti ke tempat yang anak-anak anda boleh dapat dapat ilmu atau pengetahuan daripada tempat tersebut. Salah satu contohnya di Farm In The City ini, anak-anak anda akan dapat banyak pengetahuan seperti mengenali nama-nama dan jenis-jenis haiwan yang terdapat disini. Selain mengenali, anak-anak anda juga berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan tersebut depan mata mereka sendiri dan mereka juga boleh menyentuh haiwan tersebut sekiranya mereka berani. Jadi bolehlah bawa anak-anak anda kesini cuti sekolah hujung tahun nanti.

Lokasi : Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

 

3 . Paragliding Bukit Jugra

Antara destinasi percutian yang adventure untuk anda yang meminati sukan extreme. Bagi yang meminati sukan extreme mungkin boleh cuba aktiviti ni, tapi bagi anda yang tidak, cukup lah tengok dari jauh. Tengok jer dah boleh membuatkan anda berasa gugup, belum lagi anda sendiri yang naik. Jadi bagi anda yang ingin mencuba melakukan sukan ini bersama keluarga boleh cuba ke sini.

Lokasi : Permatang Pasir, Kuala Selangor 42700, Malaysia

4 .A Jump Street Trampoline Park

Apa lagi yang mampu menggembirakan hati anak-anak anda selain dapat bermain. Kalau nak pergi tempat lain untuk anak-anak anda bermain, anda pula yang tak boleh main. Tapi kalau di Jump Street Trampoline Park ini, tidak kira umur, tua muda semua boleh main. Jadi anda tak perlu risau or malu, sebab tempatnya juga tertutup dan selamat juga untuk anak-anak anda. Boleh lah anda pun bersenam sekali sambil tengok anak-anak anda bermain. Gerenti anak-anak anda taknak balik sebab dah seronok sangat main dekat sini nanti.

Lokasi : 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

5 . Gold Coast Morib

Asyik pergi taman tema jer, anak-anak pun bosan juga nanti. Sekali sekala boleh lah bawa keluarga bercuti ke resort resort yang ada taman ain yang tak panas dan tak terlalu berkerumun dengan orang ramai. Hal ini demikian kerana, orang yang menginap di dalam resort sahaja yang boleh mandi di taman air mereka. Jadi ianya agak privasi dan memberi keselesaan kepada anda. Ianya juga memudahkan anda untuk memantau anak-anak anda kerana kawasannya yang tidak terlalu besar. Jadi bagi anda yang rasa nak bersantai sambil bermandi-manda tu boleh lah cuba ke Gold Coast Morib.

Lokasi : PT. 294, KAWASAN KANCHONG LAUT,, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor, Malaysia

 

Suka dengan artikel ini? Sertai Komuniti Jomlahcuti di Telegram untuk dapatkan lebih banyak info : KLIK SINI