Cerita lebat tapi setahun sekali pun susah nak travel. Sebenarnya bukan susah nak travel tapi yang sebetulnya korang tak pernah rancang pun dengan serius macam mana nak kumpul duit sampai misi travel korang berjaya. So hari nie team jomlahcuti nak kongsikan 5 Tips Menabung Untuk Travel
Baca Lagi : 10 Tips Percutian Di Pulau Yang Wajib Anda Tahu
Tips #1- Disiplin.
Buat apa benda pun kalau tak disiplin memang hangat-hangat ta*ik unta lah lah jawabnya. Tak perlu menabung banyak tapi yang penting menabung secara konsisten. Kalau menabung hari nie dan esok korek balik pun tak guna. Itu sebablah korang perlu ada konsisten dalam menabung. Cara paling bekesan. Tabung & Lupakan. Korang nak pergi mana?
Sehari menabung RM10 X 30 Hari = RM 300
RM300 X 10 bulan = RM3,000.
RM 3,000 dah boleh bawak korang pergi mana?
Banyak sangat..
Thailand, Indonesia, Korea, Japan, Philipine eh banyak lah..
Tips #2- Shopping Ikut Budget
Tahu korang semangat nak travel sebab dah cukup duit tapi bila nak beli barang untuk travel  itu beli barang yang penting-penting saja. Tak penting tak payah.  Kecuali korang memang ada duit lebih. Pakai saja apa ada.
Kita nak pergi travel bukan nak nampak kita kaya sebab boleh travel. Kalau korang nak travel sebab nampak kaya. Lebih baik korang tak payah travel. Buang masa.
Tips #3- Motivasikan Diri
Kuatkan azam. Pasang tekad kuat-kuat dalam diri. Percaya yang anda akan pergi travel paling sikiy pun setahun sekali. Print out gambar destinasi yang anda nak pergi tahun nie. Letak quoate travel banyak2 depan meja atau bilik tidur. Sebagai contoh
“Travel Is Like A Book. Who Not Travel Only Read One Of Books.\”
Ingat.. Buat sampai jadi..
Tips #4- Tempat Khas Duit Travel
Boleh ambil balang, botol, bekas atau apa saja. Jadikan tabung untuk kita isikan duit-duit travel kita. Ingat sekali masuk tidak akan keluar lagi sampailah masa untuk kita travel.
Tips #5- Simpan Mata Wang Asing.
Tips no. 5 nie kena mahir sikit. Mahir bagaimana? Mahir mengenai selok belok pertukaran mata wang asing. Sebagai contoh kita beli mata wang dollar masa rendah. Dan jual semula masa mata wang itu naik. Ini macam forex konsep manual. Biar sikit. Asal kita peroleh secara konsisten. Kena rajin baca graf, carta, mata wang terkini. Selain anda perlu bijak cari tempat pertukaran wang yang boleh beri pulangan yang tinggi. Keuntungan setiap pertukaran akan membolehkan kita travel lebih cepat dari yang kita rancang.
Suka dengan artikel ini? Kongsikan pada rakan & sertai komuniti jomlahcuti di telegram : KLIK SINI