Seperti yang kita tahu melaka dikenali sebagai negeri bersejarah salain badan bertaraf dunia seperti UNESCO juga telah mengistiharkan sebagai bandar warisan dunia (World Heritage). Jadi untuk artikel kali ini kami nak kongsikan tempat lawatan yang boleh anda kujungi sekiranya datang ke negeri Hang Tuah ini.
1. Freeport A\’Famosa Outlet Village
Dengen lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam freeport A\’famosa
outlet Village ini, ia hanya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung
yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di
Freeport A\’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah
jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga
yang telah diberi diskaun 30%-70%.
Lokasi & Alamat :
Freeport A\’famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat Alor Gajah Melaka
Masa Operasi:Setiap 10.00am-10.00pm
2.The Pirate Adventure Melaka
Mahu rasai perasaan menjadi lanun? Anda akan merasakan bagaimana pengembaraan
seorang lanun yang sebenar bila mana berada di The Pirate Adventure ini. Ilham
ini adalah daripada Neuvo Attraction & Destinasion Sdn Bhd yang ingin menyediakan
indoor attraction yang mengggunakan element dalam hidup kita sendiri. Anda
sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk
selama 1 hari dimana anda akan mencari arah di lautan selat melaka sebelum sampai
di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran
teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai dan
menjiwai sendiri kegerunan ribut dan ombak seperti berada di lautan yang luas.
Lokasi & Alamat :
Melaka Alive
Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka (opposite the proclamation of
Independence Memorial)
Masa Operasi : 10pg-7ptg
Hari hujung minggu dan cuti umum : 10pg-9.30ptg
3. The Shore Sky Tower
Ini adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba sendiri. Sky Tower terletak
di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery yang mana bersamaan 163 dari paras laut.
Yang menariknya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan
menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Diatas sana,
anda boleh melihat pemandangan sekeliling.
Lokasi & Alamat :
The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42, &43F, The Shore Shopping Gallery.
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya, 751000, Melaka Tengah.
4. Melaka Upside Down House
Kena dengan namanya, semua benda di dalam dunia upside Down House ini adalah
terbalik. Di tempat ini terdapat seperti rumah biasa sahaja yang terbahagi kepada
5 bahagian utama. Iaitu Bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur
dan tandas. Semuanya terbalik dan sangat unik jika berselfie disini.
Lokasi & Alamat :
Jalan PM 7, Plaza Mahkota , Bandar Hilir
75000 Melaka
Masa Operasi : Isnin- Khamis : 10am-6pm
Jumaat- Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah : 10pg-9.30ptg
Baca Lagi : Cerit Di Sebalik Mural Yang Ada Di Malaysia
5. Street Art Melaka
Antara tempat menarik di Melaka adalah Bandar Hilir dan Sungai Melaka yang
terdapat perkhidmatan River cruise. Disini anda boleh menaiki bot yang disediakan
dan anda akan dibawa menyusuri Sungai Melaka. Jika tidak mahu menaiki bot anda
juga boleh berjalan kaki di sepanjang persisiran sungai yang turut disediakan
tempat perjalan kaki. Di sepanjang kiri dan kanan sungai anda boleh lihat ada
pelbagai \’Street art\’ atau seni lukisan di dinding bagunan berdekatan.
6. Muzium Kapal Selam
Ini antara tempat tarikan terbaru di Melaka. Ini adalah kapal selam sebenar yang
berasal dari Perancis yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) dan kini di jadikan Muzium. Disini anda boleh belajar mengenai sejarah
kapal selam di Malaysia, keadaan sebenar dalam kapal selam dan cara bagaimana ia
beroperasi.
Selain itu disini juga ada disediakan penginapan. Yang mana penginapan ini adalah
penginapan di dalam kapal selam ini juga yang diubah suai menjadi tempat
penginapan yang selesa bagi sesiapa yang berminat. Harga sekitar RM150 sahaja
semalam.
Lokasi & Alamat :
Muzium Kapal Selam
Dataran 1 Malaysia,
Klebang 75200, Melaka
Masa Beroperasi : 9.00pg-5.30pm
Hujung Minggu : 09.00am-6.30pm
7. Dataran 1 Malaysia
Ini adalah antara tempat tumpuan di Melaka yang wajib anda pergi. Dataran ini
terletak di Pantai Klebang yang juga menjadi tempat tarikan utama. Banyak
aktiviti yang boleh dilakukan disini bersama keluarga. Anda boleh bersantai
sambil menikmati pemandangan pan tai dan laut selat melaka.
Baca Lagi : Passport Malaysia Naik Kedudukan ke 5 Dunia & 3 Di Asia
Suka dengan content ini? Share pada kenalan anda. Join komuniti jomlahcuti untuk dapatkan lebih banyak info menarik. KLIK SINI