Fakta Mengenai Askar Gurkha Yang Ramai Tak Tahu

Tentera gurkha telah berkhidmat dengan  Britsh hampir 200 tahun. Tapi siapa sebenarnya tentera gurkha? Gurkha merupakan satu kaum yang terdapat di Nepal dan Utara India. Kaum gurkha dikenali sebagai askar upahan yang pada mulanya diupah oleh British.  Bridged Gurkha telah ditubuhkan oleh British bagi memperkuatkan angkatan tentera mereka. Persoalannya mengapa kaum gurkha menjadi pilihan British?

 

Sumber gambar:

Pada perang Nepal 1812 British mengirim kekuatan 30.000 menghadapi 12.000 Gurkha untuk menawan Nepal tetapi gagal. Dengan daya tahan fizikal yang kuat, keberanian yang luar biasa dan kesetiaan yang tinggi telah menarik perhatian tentera British sekali gus telah mengupah gurkha menjadi barisan hadapan tenteranya. Bukan itu sahaja tentera gurkha juga mampu menghadapi musuh walau dimana sahaja mereka berada. (sumber)

Baca Lagi : 7 Tempat Yang Boleh Dikunjungi Di Melaka

 

 

Senjata tradisional utama yang digunakan oleh tentera gurkha ialah Kurkhi. Kurkhi adalah sejenis pisau yang melengkung ke hadapan. keunikan reka bentuk pisau ini dapat memutuskan kepala pihat lawan dengan hanya satu trarikan. Dipercayai sekiranya keris pisau ini terpisah dari sarungnya pisau ini haru merasai darah. Oleh itu, sesudah tentera gurkha mengasah pisau mereka, mereka akan menghiris tangan sendiri bagi memenuhi kepercayaan mereka. – Sumber 

 

Tentera gurkha telah dibawa ke Malaya oleh British pada tahun 1948 bagi mengawal darurat. Tentera gurkha juga digunakan untuk menentang PKM pada suatu masa dahulu. Sehingga kini gurkha berkhidmat untuk British memandangkan  pekerjaan ini lebih lumayan pendapatannya tetapi adakah nasib mereka terbela kerana hidup mati mereka berkhidmat untuk negara orang. Apakah jasa mereka diangkat ke martabat yang tinggi? Yang pastinya tiada siapa yang peduli.

 

Sumber gambar:

Sejarah hanya tingal sejarah, pada zaman serba canggih ini, anggota gurkha masih bertapak di Malaysia tetapi bukanlah sebagai tentera, tetapi sebagai pengawal keselamatan di pusat beli- beli belah, bangunan- bangunan swasta dan kerajaan. Imigran warga Nepal sebagai pengawal keselamatan amat tinggi kerana sejarah membuktikan akan disiplin, kerajinan dan kesetiaan mereka dalam menjalankan tugas. Warga Nepal lebih dipercayai berbanding warga lain mnyebabkan syarikat-syarikat keselamatan dimalaysia sanggup membayar tinggi akan khidmat mereka. Sekian sahaja apa yang dapat saya rangkumkan hasil coretan kisah di blog-blog sedia ada. Sekiranya ada pembetulan sejarah harap dapat di kongsikan di ruang comment.

Baca Lagi : Peninggalan Sejarah Di Pulau Pangkor