Lelaki Ini Membongkar 20 Fakta Benar Mengenai Perlis Yang Anda Tak Tahu.

Seperti yang kita tahu negeri Perlis adalah pintu utama untuk pelancong pergi ke Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis. Secara logik, sepatutnya pintu utama ini dari segi pelancongan dan infrustruktur perlu sama naik seperti mana juga Pulau Langkawi. Namun apa yang berlaku sebaliknya.

Kami yang berada dalam sektor pelancongan berasa agak sikit terkilan dan sedih dengan pengalaman yang kami alami sendiri sewaktu berkunjung disana. Tempat-tempat pelancongan tidak dinaik taraf dan lebih menyedihkan langsung tidak terjaga.

Walaubagaimanapun, selepas membaca 20 fakta anak Perlis yang viral ini barulah kami tahu bahawa bukan krew kami saja yang memendam rasa mengenai hal ini. Tetapi ada ramai lagi mereka yang pengalaman yang sama seperti kami.

Ikuti 20 faktar benar yang diluahkan  oleh seorang anak jati Perlis atau lebih dikenali sebagai Hafiz Mansor iaitu seorang usahawan sepenuh masa yang membawa jenama Cool Hijab.

—————————

1.Perlis mempunyai 2 Menteri Besar. Walaupun ada menteri besar baru, ia masih dimonopoli bekas menteri besar dalam semua majlis.

2. Bila korang datang ke Perlis, Hati-hati ketika memandu kerana jalan yang lurus jangan disangka ada devider bengkok. Banyak yang dah mati sebab jalan lurus tetiba dibuat divider bengkok untuk masuk ke simpang atau u-turn. Ni paling jilake. Tak belajar buat jalan dari negeri-negeri lain ke?

3. Taman ular dah macam muzium dinosour. Ular-ular banyak kurus dan tinggal rangka. Tak pasti sama ada kurang makan atau mereka melalui program diet bersama Kevin.

4. Taman burung yang tiada burung. Banyak burung yang dah kembali ke Rahmatullah dan ianya begitu teruk sekali untuk tatapan pelancong. Jadi, di Perlis ia menggunakan konsep jagalah burung sendiri. Jinak-jinak burung merpati, jinak lagi burung sendiri.

5. Kawasan Chalet ke Air Terjun Bukit Ayer sesuai untuk penggambaran Filem Kuntilanak Sesat Di Hutan. Kawasan yang dahulunya cantik untuk tempat pelancongan dah terbiar berlalang. Bohsia bohjan nak beromen pun seram apatah lagi hantu nak tinggal situ.

6. Projek ladang anggur dah jadi tempat ladang ternakan serangga,lalang dan lipan rasanya. Tiada lagi pelancong dapat rasa anggur Perlis kecuali beli anggur di Giant. Buat projek, dapat geran,blah.

7. Wang Kelian dah jadi macam kawasan perang Vietnam. Sunyi sepi. Tiada lagi urusan bebas jual beli setiap hari Ahad. Kerana egonya pengurusan negeri Perlis, Thailand mengetatkan untuk ke sempadan dengan perlunya passport atau border pass. Dulu tak perlu. Orang Thai boleh beli barang di Perlis dan orang Malaysia boleh pergi ke Thailand sehingga 2 kilometer sahaja.

8. Solat berjemaah di Masjid tiada doa oleh imam selepas berjemaah. Doa sendiri-sendiri. Dalam bacaan contohnya seperti solat subuh, Bismillah mesti baca perlahan oleh imam sebelum surah Al-Fatihah dibaca dengan kuat. Tiada Qunut ketika solat Subuh.

9. Jika beli barang di Padang Besar, Elakan cakap KL kalau tak nak kena kapak harga. Harga baju dan seluar akan jadi lebih mahal dari Pasaraya Giant atau Tesco. Hang cakap KL.. Siap la..

10. Selepas 10 malam, kebanyakan kawasan akan sunyi dimana kedai makan banyak tutup kecuali di kawasan Arau dan Kuala Perlis yang banyak pondan-pondan dok berkaraoke lagu madah berhelah di kawasan jeti.

11. Budak-budak muda laki pompuan lepak highway Arau sehingga ke Kuala Perlis untuk tengok geng-geng motor,teraba dan bertonggengjawab. Lepak sampai jam 3 pagi kecuali hujan lebat.

12. Kebanyakan kampung penuh dengan ladang Ketum yang sihat dan segar daunnya. Dulu penuh pokok mempelam. Sekarang tanam ketum sebab iainya lebih lumayan. Orang Perlis kaya-kaya dan banyak rumah besar.

13. Hati-hati dengan papan tanda Buah Harum Manis. Ada yang betul dan ada yang kelepet. Kalau tengok ada raga tulis siam, hati-hati dan jangan beli. Menipu semua tu kata Harum Manis. Semua mangga Thailand. Nak beli,cari kat Sungai Batu Pahat.

14. Orang Perlis kaya dengan masa. Banyakan istighfar bila korang memandu di sana. Pandai-pandailah hang potong kereta atau motor bila nak laju. Depa sangat rileks bawak kenderaan dalam 40-60km/j.

15. Hati-hati memandu sebab kiri kanan jalan ditanam pokok jati yang kayunya sangat pawer kerasnya. Kalau hang terbabas, susah nak hidup kalau ikutkan rekod setakat ni. Dah boleh tebang pokok jati tu buat perabot dan baik tanam pokok pisang kat tepi jalan.

16. Gua Kelam yang semakin Kelam. Kawasan gua batu kapur menjadi tempat mandi manda tidak dijaga dengan baik. Tiada merketing menarik pelancong. Takut ulaq bang hang.

17. Bangunan, masjid, tiang, jambatan, jamban kebanyakan dicat dengan warna kuning biru. Hudoh sikit la. Tak nampak moden. So, hang jangan nak pelik. Nasib baik bendera Perlis bukan warna hitam.

18. Ladang tebu mula menjadi ladang Kenaf. Apa jadah pokok Kenaf ni? Hang google la sendiri pokok tu macam mana dan apa kegunaan dia. Pokok tebu semakin berkurangan sikit demi sedikit.

19. Tak banyak restoran mamak disekitar kawasan Perlis kecuali di Arau sahaja yang hidup. Mamak yang lain dah bungkus balik kampung sebab orang Perlis tak makan kedai mamak. Yang dok makan kat Arau tu semua student luar yg suka air tangan mamak.

20. Perlis tiada TOL walaupun highwaynya berombak-ombak. Slow-slow sikit bawak kat hihway takut terbang dalam sawah.

—————————

Walaupun posting ini dikejam hebat oleh netizen kerana menggangap ia satu penghinaan kepada Perlis namun lain pula pada sudut pandang kami yang berada dalam industri pelancongan. Boleh kata 90% fakta diatas kami sendiri alami.

Penulisan ini menggunakan unsur sarkastik. Untuk menyampaikan kemajuan mengenai negeri kelahiranya. Jika anda faham penulisan ini anda akan terima mesej penting yang beliau ingin sampaikan. Jika anda membaca secara literal maka apa yang akan dapat hanyalah \’sentap\’ di hati.

Sudah sampai masa negeri Perlis terutamanya pihak tertentu mengambil inisiatif agar terus mengorak langkah dan bukan sama-sama sentap membaca meng-khinzir buta.

 

 

 

 

 

Sumber Photo : ahmadsyarafi abdwahab