Jomlah Follow Kami Di Instagram
Nama ibu negara Filipina, Manila. Ia berasal daripada perkataan “nilad†iaitu sejenis tumbuhan yang banyak tedapat di Manila. Filipina termasuk dalam senarai 10 negara Megadiverse yakni negara yang menjadi rumah dari majority spesis bumi. Terdapat 100 Spesis mamalia dan 170 spesis burung yang hanya boleh didapati di Filipina sahaja. Dari 13,500 spesis tumbuhan 3,200 darinya adalah spesis unik yang tidak terdapat di wilayah lain. Malah Filipina juga mempunyai sistem terumbu karang berdampingan yang terbesar di dunia. Jadi tidak hairanlah apabila Filipina terkenal dengan pelancongan pantainya yang indah seperti Boracay, El Nido, Pearl Farm, Siargao dan Puerta Galera serta Pagudpud.
Mahubay merupakan ucapan selamat datang yang sering diucapkan oleh rakyat tempatan apabila bertemu dengan pelancong asing, menyambut ketibaan tetamu atau bertembung dengan orang yang tidak dikenali.
Keramahan rakyat tempatan adalah antara ciri-ciri penduduk kota Manila selain kesesakan lalu lintas, jenayah domestic, pencemaran, kemiskinan dan peniaga-peniaga kecil yang mewarnai kotaraya ini.
Di Manila anda bukan sahaja disambut dengan hiruk piruk pekikan hon pengangkutan awamnya yang terkenal iaitu Jeepney tetapi juga monument-monumen sejarah seperti Intramuros, Muzium Nasional, Gereja San Agustin serta lokasi percutian mewah seperti Roxas Boulevard, Manila Bay, Jalan Mabini dan juga Plaza Manila.
Panorama Di Roxas Boulevard
Pun Begitu percutian anda pastinya tidak lengkap sekiranya anda tidak berkunjung ke Quiapo yang dipenuhi ratusan kedai-kedai jualan hasil kraftangan rakyat tempatan terutamanya kraf berasaskan cengkerang siput di bawah jejambat lebuh raya.
Pemandangan atas Manila Bay
Sekiranya anda bercuti ke Manila, teruskan perjalanan anda menuju ke Roxas Boulevard yang dikatakan Syurga dunia sama ada untuk memanjakan diri, mencuci mata atau di urut. Jika anda ingin bersantai sambil menikmati pemandangan pantai yang nyaman dan indah, pergilah ke Manila Bay sebagai mengisi waktu petang anda. Selain laluan pejalan kaki yang dipenuhi orang ber-jogging, bermain kasut roda atau sekadar duduk bersantai di atas tembok menyaksikan pemandangan teluk dan matahari terbenam.
Bagi anda yang gilakan kelengkapan dan alat-alat fotografi pula, Plaza Miranda dan Jalan Hidalgo tentunya lokasi terbaik buat anda.
Untuk makanan halal yang terdapat di Manila dibawah kami kongsikan beberapa lokasi & nama kedai :-
- Martabak Café yang terletak di SM Mall of Asia
- Secret Recipe yang berada di Robinson’s Place Midtown dan SM Mega Mall Western dan Asia Cusine.
- Restoran New Bombay yang berada di Greenbelt 22, Makati
- Sitti’s Halal Food yang terletak di Food Court Greenhills Mall
- Persia Grill yang berada di SM Mega Mall
- Restoran Moud Halal berada di sebelah masjid Quiapo yang merupakan distrik muslim yang terdapat di Manila
- Kenny Roger’s Roaster terletak di Greenhills Mall, hanya gerai ini yang bersetifikasi halal sementara gerai Kenny yang lainya tidak
- Gilak by Hossein terletak di Greenbelt 3, Makati
- Mindanoa Halal Food Restaurant terletak di Sales Street, Ernita
- Kebab Roll berada di SM Mall Asia
Senarai makanan halal ini adalah rekomendasi oleh beberapa kumpulan backpackers muslim di beberapa buah negara yang berkunjung ke sana.
Inilah Bentuk JeepneyÂ
Bentuk Jeepney Dari Jarak Dekat Yang Ada Di Kota Manila
Panorama Kota Makati  (Makati City)
Restoran Sitti\’s  Makanan Halal
Moud Halal Restaurant
Quiapo
Jomlah Follow Kami Di Instagram
Jomlah Baca Lagi : Tempat Menarik Yang Wajib Di Kunjungi Di Cambodia
Sumber Foto : Neil Howard, Jelte Sikkema, Don-Pixel, Agustin Rafael Reyes, Colin Lee